hello hello
overall, aku suka wedding aku. sangat menyukainya to the max!! nyum nyum...
tp tak semua majlis tu sempurna kan. mesti ada sikit yg buat rasa tak best. nk kata cacat cela, tak lah cacat sangat. kalau jadi yg tak best pun, still boleh enjoy.
------------------------------------------
lets start with malam nikah.
1. planning - canopy takde scallop bagai. so aku planned nk letak ballon as a prop. ah mesti cun gila. aku pernah ternampak kt google map, tapi bila aku search lagi sekali, ilek pocik. lepas tu aku malas dah nk fikir keyword apa masa nk google tu. so lantaklah, aku ingat ingat lupa je bentuk dia camne.
so aku dah siap beli pam belon kt daiso, belon yg banyak gila warna putih. konon nk buat merah putih, tp tak jumpa belon merah. so, pakai putih je. belon beli kt souvenir shop, tesco melaka.
actual - belon tak sempat nk tiup sebab kekangan manpower. semua busy buat kerja lain.
perasaan - aku faham. takpe. lagipun, belon tu tak menghalang majlis nikah aku untuk menjadi grand dan meriah pun.
nasihat - agih tugas pada orang lain. jiran jiran mungkin....
2. planning - bergambar 1 family of kos!!!!
actual - takde pun............................... =(
tak tau mana silapnya. silap aku ke yg terlalu seronok lalu terlupa hal nan satu tu? silap family aku ke yg terlalu sibuk sampai terlupa nk tangkap gambar dengan pengantin? silap OP ke yg tak alert pasal ni? silap siapa?
aku pun tak tau nk buat alasan apa. tp memang family aku sibuk pun masa tu. sibuk dengan nk melayan tetamu, nk kemaskan meja tetamu.
tetamu yg datang dari keluarga sebelah, ramai. dekat 40 kereta. jadi aku faham yg keluarga aku amat sibuk ketika itu. sekali lagi, manpower menjadi masalah, kerana kami tak de penanggah, cuma berharap ehsan keluarga je.
aku sedih takde gambar selesai akad nikah dengan orang orang yg aku sayang. yg ada gambar dengan mak aku, mak mertua. padahal gambar dengan family in law ada sebab dorang dekat dekat situ je. so OP panggil terus snap! tp family aku kan sibuk masa tu. memang dorang takde kt sekeliling aku.
takde gambar dengan family kecil aku, takde gambar dengan family waksal, wak usin, waknor, thaqif & nysa, kak ijan, cheyah, jaja, abg anas semua semualah! sedih sampai sekarang!!
perasaan - kt atas aku dah cakap aku sedih gile!
nasihat - pesan dengan OP. dalam hal aku pun, aku tak puas hati sebab OP aku macam tak buat kerja dengan ikhlas. bila aku compare kan dengan majlis orang lain, OP dorang boleh je cakap ''haaaa, mana family pengantin?? tangkap gambar dulu ramai ramai say cheeseeeeeeeeeeeee''
* dialog diolah supaya penceritaan lebih umppphhhh...
tapi takde masa majlis aku.....habis je majlis, OP aku lenyap dibawa angin lalu....sekian.
tu je benda yg aku tak puas hati masa malam nikah. tp yg paling tak puas hati, pasal gambar tu lah......
--------------------------------------
reception.
1. planning - handbouquet. rasa tak best sebab aku insisted nk bunga saiz kecik. sebenarnya masa beli bunga, aku beli dalam 5 kuntum je. yaya kata biarlah banyak sikit. aku tak mau sebab nk kecik. tp bunga rose merah yg aku beli tu, cheyah terguna untuk sireh junjung. so bunga tu aku gantikan dengan bunga sireh junjung dari belah najib. okay takde issue pun sebab bunga belah najib pun 4 kuntum jugak. so takde issue bunga tak cukup ke even cheyah dah terpakai.
jadi, issue nya adalah, aku menyesal sebab plan nk bunga kecik! jadinya tak nampak outstanding tau tak....menyesal tak beli satu bungkus terus bunga kt florist tu. bukannya mahal. murah je kot.....!!
actual - tak outstanding.
perasaan - masa hari kejadian, takde pun rasa tak best. cuma bila tengok gambar je rasa tak best. tp best jugaklah sebab pengapit tersayang yg buatkan, iaitu yana. tp sian yana dia tak sempat nk tangkap gambar dengan benda tu semua.
nasihat - jangan ikut kepala sendiri. dengar nasihat kawan baik. haha. * sorry yaya....
2. planning - aku nk ada gambar dengan family aku sendiri. gambar kumpul ramai ramai, buat aksi yg spontan, comel comel.
actual - takde pun. OP aku tak kreatif. tu je boleh aku cakap.....takkan aku yg nk bagi direct atas pelamin????????????????????
kesimpulan - aku menyesal tak hire Op yg best gila. aku main cekup je. kesimpulannya, aku MENYESAL OP aku tak best.
nasihat - pilih OP yg best.....supaya tak menyesal macam aku.
3. planning - tangkap gambar dengan props guest book aku.
actual - nan ado. kan dah cakap, OP aku tak kreatif. padahal dia nampak kot benda tu. aaaaa gila tak suka...!
tapi salah aku jugak. aku terlupa.
4. tak sempat tangkap gambar dengan yana!!! tau tak kitaorang boleh menangis sebab last last fikir balik ''kenapa takde gambar kitaorang''. maksud aku gambar gedik gedik. gambar formal banyak jeee....aaaa yana, rindu kt koooo!!
---------------------------------
tu je lah.
yg lain, flew on track. seperti yg telah dirancang.
tapi apa pun, aku bersyukur juga yg lain adalah seperti yg dirancang. yelah, kalau baca blog b2b yg lain, banyak sangat cabaran yg dorang hadapi. itu ini. tp aku alhamdulillah, majlis aku berjalan lancar. yg terjadi ni pun, tak effect kelancaran majlis pun....
aku berterima kasih pada seluruh ahli keluarga yg membantu untuk kelancaran majlis aku....
keluarga mertua yg berkorban material untuk memeriahkan majlis reception.
yana & yaya.....the great buddy ever...........love u all......
mua asma....mestilah best review kasi kt dia kan....takde bad punyeeee......
saudara mara, sahabat handai yg datang memeriahkan majlis.....
terima kasih kepada yg bagi kami hadiah yg superb banyak.......raya jemput datang umah pakai pinggan, cawan, tea set, gelas baru ye....iron kami dah pakai, lampu tido dah pakai, pasu bunga belum lagi, oven tu gaya macam nk bisnes kuih raya, rice cooker boleh tanak nasi banyak banyak, periuk belanga boleh masak rendang. hahahahha....
2 comments:
Sepatutnya suruh op tu kena faham la biar dia balik lambat sikit...Sbb keluarga tuan rumah tgh sebuk melayan tetamu, tgh cuci pinggan ke,hidang lauk ke apa. Biasanya op mmg x tunggu tapi wakil pengantin boleh ingatkan dia...
yes. tak payah ingatkan pun, sebab kalau dia profeesional, dia akan tau semua tu. takpelah, dah nasib badan....tunggu je lah hasil nya...
Post a Comment