:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, July 26, 2011

'' manisnya PJJ ini......''

hello hello

dah jadi trend orang sekarang ye, berkahwin dan mengamalkan hidup PJJ. [perkahwinan jarak jauh]
termasuk aku!
kawan baik aku asmida.
kawan blog aku nana, raden - sekadar menyebut beberapa nama yg rapat. (link kt sidebar)
dan beberapa B2B yg bakal senasib dengan kami.

untungnya korang yg berpeluang hidup sebagai suami isteri yg normal - tinggal sebumbung.
* korang patut sentiasa bersyukur.

kalau aku, aku sentiasa rasa sedih bila ditinggalkan suami. suamiku tak jauh, tampin je. melaka tampin, berapa minit je. tp kami tetap mengambil keputusan untuk berPJJ.

dalam tak sedar, seharusnya aku bersyukur jika dibandingkan dengan kawan kawan yg lain. dari segi lokasi, kewangan mungkin.

asmida - azmie kt johor. since asmida dah pregnant [tahniah darling!], azmie mestilah kena ulang alik setiap minggu melawat asmida kl KL kan. berapa kos ulang alik setiap minggu? calculate sendiri....

nana - suami di KL, nana di terengganu. again, do your own calculation. berapa masa yg harus dikorbankan hanya di jalan raya.

raden - suami di perak. lu kiralah sendiri. fikirkan juga betapa penatnya mental dan fizikal meredah berkilometer hendak ke pangkuan suami @ isteri.

tapi aku.......kadang kadang masih tak bersyukur masa, kos ulang alik yg sedikit minima dibandingkan dengan kawan kawan lain......selalu nk merungut, paksa suami tinggal di melaka dan ulang alik ke rembau. alasan, aku takde kereta nk berulang dari tampin. so suami yg kena beralah. dan ini menjadikan alasan kami bergaduh setiap hari.

memang banyak dugaan dan cabaran PJJ ni. ingat dugaan bertunang je ke? PJJ ni lagi lah. memerlukan pengorbanan emosi!

aku kena bersyukur. dibandingkan dengan kawan kawan lain, aku masih boleh berjumpa suami sekurangnya 4-5 hari seminggu. kawan lain mungkin jumpa 2-3 hari seminggu je kan. kesian korang. tu pun aku tak boleh nk bersyukur...................

seorang ustaz, kenalan suami pernah berpesan pada suami sebelum kami bernikah:
''kalau boleh, jangan @ elakkan menghabiskan masa di atas jalan raya''
terus aku teringat pada kawan induksi najib. yg meninggal sebab accident.

terus macam tersedar.......dan terdetik, aku tak mahu kehilangan suamiku seperti dia kehilangan suaminya....................

bila fikir fikir balik, terlalu banyak hikmah yg Allah sembunyikan pada kita kita yg berPJJ ni kan......


setuju tak aku cakap, bila berjumpa kita suami isteri bertambah mesra??
setuju tak aku cakap, bila berjumpa layanan suami kita tip top - errrr bukan layanan yang tuuuu, ni layanan yg menunjukkan kasih sayang di tempat makan, dapur, ruang tamu....??
setuju tak aku cakap, suami kita semakin hari semakin romantis??? dan lain lain......

macam aku, bergaduh memang tak dapat dipisahkanlah. dari couple 7 tahun lepas, gaduh tu dah jadi macam biasa. cuma lepas kahwin, kalau gaduh touching tu lain macam sikit. yelah kadang kadang fikir, suami aku ni tak nak langsung jaga hati aku.

tapi bila jumpa petang jumaat, terus terubat rinduuuuu, terus hilang marah....magic!

usah kata masa berjauhan bergaduh, depan mata pun bercakaran. tp bila kenangkan esok dah nk balik melaka dan berjauhan lagi sekali, hilang marah! dah boleh senyum senyum kambing. haha......


okay aku ada tips atau mungkin, biasa je bagi korang yg tinggal sebumbung. [tak salah kalau praktikkan juga]



1. masakkan makanan kegemaran suami yg tahan lama sebelum korang berpisah lagi sekali - contoh sambal ikan bilis [contoh ni sebab sambal ni specialist aku], sambal belacan @ sambal kicap [boleh simpan dalam peti ais kan]. tak pun, buatkan air yg sedap sedap dan sejukkan dalam peti ais. air kan boleh tahan lama dalam peti ais. see, benda ni simple je kan. asalkan bila time suami nk makan @ minum, dia teringat kt kita yg jauh di perantauan ni....

2. kemaskan bilik sebelum korang beredar - dalam liat aku nk melipat baju, mengemas, aku gagahkan juga buat semua tu. untuk apa? untuk suami kenang-kenangkan kita. at least, bila dia sorang sorang tu, dia ingat kt kita. bila dia nk pergi kerja tu, dia ingat kt kita juga. tapi bila next week jumpa lagi dan bilik bersepah, siap sedialah lontaran vokal tu. aku selalu membebel! haha

3. letak nota cinta - oh ni aku baru terfikir. belum buat lagi. nanti aku buat. sebelum keluar tinggalkan bilik tidur atau rumah, coret nota atau ayat ayat cinta korang dan tampal pada cermin dressing table, peti ais. coretlah apa sahaja. yg boleh buat suami korang tersenyum dan kenangkan korang yg jauh di mata dekat di hati.

4. sembur perfume kegemaran suami di bantal sikit - ni pun aku baru fikir. mesti suami kita ada kesukaan pada certain perfume dan bauan kan...sembur sikit perfume tu pada bantal sebelum kita beredar. at least bila kita tiada, bau kita ada. dan suami terbayang kita ada di sebelahnya. dan tak sabar nk jumpa minggu depan! =P

5. masak makanan kegemarannya - yg nombor satu tu, sebagai bekalan kita tiada kt rumah. ni masa kt rumah dengannya. belajar memasak. try tengok my resipi. haha. macam aku, hujung minggu di rumah mertua, jadi boleh korek rahsia suami suka makan apa. nk tunjuk skill, tp tak yakin. makanya, tak payah masak kt rumah mertua dulu. aku tunjuk skill bila suami balik rumah aku je. sebab kalau sedap, baru kita yakin nk buat lagi sekali kt rumah mertua. haaa gitu.....

6. sediakan sarapan - ni contoh aku lah. najib hantar aku ahad malam isnin. so hari isnin pagi, dia ke rembau dan mungkin jumpa balik hari jumaat petang. so pagi isnin sebelum ke tempat kerja, aku siapkan sarapan. even roti dengan planta. dan minuman kegemaran, teh tarik. simple je. tp aku usaha jugak nk bekalkan dia. sesekali kan, tak salah bangun awal pagi. insyaAllah, sesekali tu lah yg buat dia ingat pada kita. better than nothing kan?

7. plan sesuatu bersama - contoh macam aku. minggu ni aku lipat baju. so sebelum berpisah sementara tu, aku banyak kali pesan ''next week u pulak lipat baju ye sayang''. suami tak menyahut. haha. so next week tu, sekali lagi remind kan dia ''sayang, your turn lipat baju''. bila waktu lapang, masuk bilik longgokkan kain baju depan dia, suruh dia lipat. tapi, jangan salah sangka, bukan suami yg buat tu sorang sorang. kita pun kena tolong. tp mungkin tolong yg ringan je. macam tolong terbalikkan baju tu ke. macam aku, tolong terbalikkan kain baju tu sambil baring. at least tolong jugak kan? dan mungkin, dia dah selesai melipat, kita pulak tolong susun elok elok dalam almari. at least, ada moment yg kita spend bersama sama. mengeratkan kasih sayang.

8. reserve kan baju yg kita pakai semalam untuk teman suami tidur - ni aku cakap based on my experience. 1st week berjauhan dengan suami, adalah disaster bagi aku. macam nk meroyan! sekali ternampak dalam bakul baju kotor, ada baju suami yg dia pakai sebelum dia balik. aku amik! aku cium! aku menangis dan aku peluk sampai aku tidur. dan untuk 5 hari, baju tu yg temankan aku tidur. ahhhh heaven!!!!!!!!!!
* dan najib selalu cakap aku malas basuh baju. bukan malas. kalau aku basuh baju tu, camne aku nk tidur????
so, why not kita apply benda tu pada suami kan?
eh korang geli ke dengan baju suami sendiri? tepuk dada tanya selera korang.......masing masing punya taste kan....

9. paling penting, masa yg sedikit tu, cuba untuk sembahyang berjemaah - alhamdulillah, selepas nikah ni, solat tu agak terjaga. kalau bukan suami yg ingatkan aku, aku yg ingatkan dia. ada 1 malam tu, kami sama sama baca yassin. syahdunya......korang try untuk merasakan kesyahduan tu.


dan last sekali


10. bersyukur dan berdoalah - bahawa Allah dah kurniakan kita suami yg kita dambakan selama ini. bersyukur lah, kita dah jumpa imam kita, bersyukurlah kita dah berkahwin jika dibandingkan dengan kawan kawan lain. berdoalah agar segala urusan kita dimudahkan olehNya, berdoalah semoga rezeki kita murah, mana tau dapat tinggal sebumbung dengan suami macam orang lain, berdoalah agar hati dan iman suami ditetapkan hanya pada kita seorang walaupun berjauhan.


cuma bila dah berkahwin ni, aku rasa perkahwinan bukan untuk seks semata mata. dulu sebelum kahwin ingat kahwin adalah untuk seks. u totally wrong etty!

bila dah jumpa, dapat duduk sekali tengok tv, dapat baring sama sama hadap facebook, basuh pinggan sama-sama, lipat baju sama sama....heaven rasanya!! yang penting setelah seminggu berjauhan, bila dapat pandang muka dia, itulah nikmat sebenarnya berkahwin ni....


okay tu je....


last sekali....

manisnya PJJ ini............................ =) =) =)

19 comments:

Reen Tart Nenas said...

bersyukur sbb saye tak PJJ. dan mmg taknak pun. ye lah jumpa suami pun selepas dah bekerja, jadi mmg xde alasan la nak berjauhan :)

xpe2. kalau ada masa, ruang dan peluang, mungkin korang boleh duduk sebumbung. mungkin kena fikirkan alternatif lain, mungkin salah seorang kena bertukar kerja. mungkin kena beli kereta lagi 1. mungkin. hanya cadangan :) itu yg terfikir :)

Lyena Vee said...

etty: me pon pjj takde la jauh sangat pon. satu negeri jugak. erm, tu la. kalau diikutkan, ada yang lagi la, kene travel jauh2. penat takyah cakap la kan. memang menguji btol. harap kite dan kawan2 yang senasib bersabar. aminnnn

~ NANA ~ said...

hukhuk...tiba2 sedih baca entry ni :(

e.t.t.y said...

Reen Tart Nenas - so reen kena bersyukur tau dapat tinggal sama sama dengan suami....banyak pahala....a'ah, kita tengah berusaha nk cari kerja yg dekat dengan suami. harap harap, dapat...


veesakura - kan. nampak mudah even satu negeri. tp bersabarlah vee. moga ada rezeki untuk kita...

nana - yelah nana. i kesian kt u even i rasa keadaan ktorg teruk. takpe, mungkin ada yg lagi dahsyat dari keadaan u. sama sama kita sabar okay darling...

Hunny Kitty said...

u buat ai nangesss waaaa waaa waaaa..dua minggu tak jumpa hubby ni..sebab memasing busy!! waaa....nak hugggg sob sob sob.....

e.t.t.y said...

Hunny Kitty - meh sini hug ramai ramai...wawawaawawaaaaa......

Hunny Kitty said...

sob sob sob [[sambil mengesat hingus]]

yg nota2 tu ai adalah jugak buat..tapi hubby ai ni jenis blur2...siap ada skalik tu dia amik bawak kat ai...takut nak bukak katanya..tapi terang2 tulis 'for my hubby' wakakakkakaka

e.t.t.y said...

Hunny Kitty - kakakakkakakakaka...kelakar lah org lelaki ni.

Hunny Kitty said...

kalao dia adakan...dia mesti mintak ai masak telur bistik ngan buat hot choco untuk dia..dia ckp dia ske kalao ai masak telur bistik [[senang kan? tak banyak banje! hahahahha]]

Aty Fared said...

yeah..saye bersyukur rase sangat dekat ngan hasben walaupon selalu nak gaduh jer.. apepon...tetap doakan korang2 yang merasai PJJ tu akan dapat hidup sebumbung satu hari nanti..insyaallah...

e.t.t.y said...

Hunny Kitty - wey, letak resipi tu kt blog pehlisssss!!! i suka yg senang senang ni. haha...

aTy _faRed~ - insyaAllah.

OmmaHussein said...

etty..hukhuk..sedey plak..nida nanti pas kawin PJJ gak..maybe 2 minggu sekali baru dpt jumpa..huu..

Super Ummi said...

manis ye PJJ ni... huhu, manis memang manis tapi kalau fikir kos flight dari sarawak nak ke sabah tu... memang manis tu tak berapa manis kot.. huhu..
Takutnya nak menghampiri detik PJJ ni.. huhu

Unknown said...

ok i pn PJJ jgk..KL-Melaka..tp alhamdulillah start bln 9 ni bakal duk dgn husband spjg mse kt Melaka,xde PJJ dh.terpakse amik keputusan drastik benti keje sbb dh preggy ni ssh if sorg2 kt KL.smpi ble nk harapkn kwn2..huhu.

Nurul Ain said...

Gadis timr bertunang yang PJJ...

Gadis di Johor..
tunang di Rawang..

nak jumpe pun 4 atau 5 bulan skali..

mintak-mintak dh kawin nnti x lagi PJJ..huhuh..

^_^

e.t.t.y said...

nida-razak - jangan risau, doa banyak banyak semoga rezeki boleh tinggal sama sama...

Miss Sunshine - itulah kan. takpe, mungkin ada cara lain...sabar tau.

yUmIe - o yumie pindah melaka. yeay ada kawan!

Gadis - yelah kan, semua orang harapkan duduk bersama bila dah kahwin....

asha said...

salam
terima kasih untuk tips ini, saya akan praktikan untuk bulan september nanti.dan genap 1 bulan kami PJJ.kami lagi jauh, dipisahkan laut china selatan.saya disarawak,suami pulak di putrajaya.tapi saya percaya kita kumpulan PJJ ini,adalah orang yang tabah.:)

**suka entry ni**

Hunny Kitty said...

etty...resepi ai campak2 je kot...tak pe nnt petang ai upload k...

e.t.t.y said...

asha - terima kasih. insyaAllah, harap ketabahan ni sampai bila bila even tak PJJ pun....yelah, dah kawin ni lain macam pulak dugaannya....

Hunny Kitty - okay, will check it..thanks btw.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails