[auto publish entry]
kalau aku naik bas A, aku akan berjalan lalu lorong B. short cut. best sebab lalu kampung C. tp tak best lalu situ, kalau aku pakai baju merah. mesti aku kena lari. sebab situ ada ladang lembu. dan bila aku lalu, confirm lembu tu pandang semacam je kt aku. budget aku ada hutang tertunggak dengan dorang!
dah lalu kampung hirup oksigen yg tak berapa nk segar sebab kawasan rumah aku dah pesat membangun, masuk pulak kawasan rumah orang orang kaya. haha. betul wey, rumah aku dikelilingi oleh rumah org org kaya je. tp rumah aku paling tinggi dan howtttt. =) rumah lain setakat 2 tingkat je kan. rumah aku 5 tingkat. haha. kau ado???
* mukadimah kena panjang.....kau orang kena faham tu...nk sampai ke rumah aku, kau kena tawaf
okay okay....jap lagi sampai la tu.
haaaa ini dia subjek entry kali ni. kandang anjing dan anjing dia sekali.
mak aihhhh sikit punya garang marang lagi anjing ni. anjing penjaga rumah.
aku rasa, jenis anjing macam ni kot. anjing polis @ rotweiller.
seriau kot kalau lalu situ. maunya tiba tiba mangga tu longgar kan. habis kurus aku lari pusing satu taman tu. kot untung lah dia kejar aku tak dapat sebab aku budget aku lari pantas macam watson nyambek, tp rasanya tak kot. kalau pantas, confirm aku dah jadi olahragawati masa sekolah dulu. ni tiap kali hari sukan, aku lah yg selalu mengelat nk masuk sukan lari lari. aku suka hari sukan dulu sebab boleh makan burger ramli je. lain, i hate!
* eh panjang nau pulak kau bebel pasal hari sukan etty.
anjing jenis ni garang kn. yg kita nampak kt tv tu, sebab dia dah trained. ni duduk dalam kandang yg berapa sentimeter persegi tu, mesti dia stress. once dapat keluar, habis lunyai dikerjakan. eiii takut takut.
tp kesian anjing ni, space dia kecik sangat.................................sangat sangat!!! aku teringin nk dekat dengan kandang tu, tengok camne keadaan anjing tu, tp kau ingat aku berani????? aku ni cakap je lebeeeeeeyyyy!
bila dah ada blog pasal kucing dan anjing, aku dah positif kan diri aku pasal anjing juga. dulu macam benci kt anjing. tp takdelah aku nk pegang ke apa kan. tu masih lagi takut. kot kot dia gigit, mati aku. tp bila jumpa anjing, aku tegur ''hai anjing. have a nice day! gong gong!!!''
hahahahahhahahahaha.
betul wey. bila aku lalu rumah org cina yg bela anjing garang ni, aku tegur je anjing tu. cuma tak tau camne nk greet dorang. selalu kita panggil kucing macam bunyi ''ceet ceet'' tu kan. alaaa, yg macam kita panggil kucing lah. tp kalau anjing camne?????????
aku selamba je ''gong gongggggg''. kang dia balas balik ''gong gonggg. auwwwwwwwwwwwwww''
* eh tu macam anjing nampak hantu. tipu. =P
kt restoran cina depan rumah aku, ada 2 ekor anjing. tuan kedai tu punya kot. bila aku lalu, mesti dorang tengah gurau gurau. tp macam gaduh. bila pandang yg si abang tu, mesti aku ingat kt adik. sebab muka dia panjang dan macam adik. lepas tu, aku jalan laju laju sebab tak sabar nk peluk adik, mell & ah boy.
aku cakap: aku masuk kan juga lah entry ni dalam label 'meowmeow'. tak tau nk buat label apa. hekhekhek.
4 comments:
etty amiklah gambar anjing dalam kandang tue..nak sangat tengok anjing tue.hehhheheh..
mestie comel takpon cam bulldog tue.
dia mcm anjing polis tu. badan besar gila. bukan macam bulldog. kalau kita berani, kita tangkap lah.
tak sampai hati tengok haiwan kena kurung :(
meowwmania - mmg pun. kesian sgt.
Post a Comment