hello hello
harini hari thaqif. so kita letak gambar thaqif banyak banyak. tak lah banyak sangat pun. lambat sangat nk upload. mak etty pun terkial kial nk letak gambar mana sebab gambar thaqif memang banyak dalam laptop mak etty. lagi banyak dari gambar mak etty tau.
1 ogos 2007
mak etty datang melawat hari kedua thaqif dilahirkan. masa tu kecik je badan thaqif.
10 jun 2008
ingat lagi, pantang nampak kertas, nk masuk dalam mulut je. yang ni tak silap mak etty, surat dari SPA untuk ayah thaqif. ni pakai hp pink mak etty yang sempat mak etty pakai sebulan je. at least adalah gambar thaqif dalam hp tu.
masa ni thaqif merangkak lagi.
31 julai 2008 [sehari nk ke setahun]
pagi pagi mak etty nk pergi kerja, mesti thaqif masuk dalam bilik. tengok mak etty siap. lepas tu, thaqif pergi school.
ogos 2008 - setahun dah.
masa ni thaqif tengah sakit. thaqif muntah muntah, demam tak kebah kebah. sayu hati mak etty tengok thaqif. bila call uncle je, mesti mak etty nangis mengadu kt uncle yg thaqif muntah muntah.
hadiah hari jadi setahun, mak etty belikan motor @ kereta tolak. dah ada adik ni, jangan langgar adik pulak tau.
1 ogos 2009 - 2 tahun
ni mak etty baru lepas balik dari pc fair. mak etty belanja kfc. macamlah thaqif makan semua kan. so makan dengan cik wanie, ibu, paman aizat.
tu kopiah uncle bagi. sekarang thaqif muat lagi tak???
masa ni kita sama sama tak sihat kn. mak etty demam seminggu masa ni. thaqif pun tengah demam. tp demi pc fair, mak etty on je. hehe.
ni masa thaqif dapat hadiah dari mak etty dan uncle. lepas tu kita keluar pergi klcc kan. cehh macam jauh je klcc tu dengan rumah kan.
ni gambar thaqif dah jadi abang. perangai tetap tak berubah. hehe.
thaqif salahkan uncle sebab tak mau bawak mak etty jumpa thaqif.
rindu kt thaqif.
No comments:
Post a Comment