:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, May 3, 2010

adik oh adik.

hello hello


harini asal tak boleh bukak facebook??? macam nk marah tapi takpe. sabar kan hati. asyik lah nk marah je lately ni. sudah dekat harinya barangkali. =)
tp bukan....
marah sebab bergaduh dengan bf. tu je. hehe.


blogwalking menggantikan facebooking. lagipun anak anak semua dah tidur. penat main kejar kejar tadi, masing masing terbongkang sana sini. boboy bawah meja kipas, adik atas meja depan tv. mell??? dia selalu missing in action.
padahal rumah bukan besar mana pun. sekangkang anak kera je. tp aku tetap failed nk jejak dia. hoh, mesti port baik punya tu sampai tak tinggal jejak.

hari sabtu, mak uda, pak uda & mak andak dari taman medan, pj datang melaka. melawat mak gayanya. beria mak andak nk tengok si mell yg telah aku neuter kan. nk tengok camne tahap kegemukan nya. penat okay aku cari satu rumah. tak jumpa. penat sampai tertidur. last last terbangun, dengar tiga tiga main cak cak.
dan mell pun dah jumpa nenek andak dia. hehe =)

mell mell. kucing yg emo dan cepat touching. tp manja bila time nk bermanja datang. bila aku gigih google map kt mana tempat dia tidur, automatik, esok dah tak tidur tempat tu lagi. takde privacy kononnya. cari tempat lain.

paling mak aku menyampah, kalau kt bilik tu kipas on, terbongkang habis dia tidur. aku pun backup anak sulung lah. dah bulu tebal, dapat sejuk sejuk, seronoklah.

tp anak anak pun dapat tempias cuaca sekarang kot. panas melantun lantun. bila tak on kipas, corner bilik yg takde alas tikar tu, bertempek tiga tiga kt situ. takpun ada yg sesat tidur atas lantai dapur. hehe. sian betul. takkan aku nk pasang ekon kot???


dari living hall tidur atas meja kopi, datang mengendeng2 kt aku. habis diciumnya muka aku. nk apa ni?????? siap jalan atas laptop. tengah syok taip macam macam kt twitter, dah dia tertekan site lain. hangen patik!

last last landing kt tetikus. sabar mak noks. macam mana mak nk menaip ni anak oi????


korang tengok ni, tengok. sabar tak sabarlah aku nk melayan karenah yg satu ni.

heh, anak bujang ni macam dah nk matang je. suara dah lain. muka dah panjang. tp badan je macam kecik lagi. tp berat...masyaAllah, gila kentang berat!

same goes to boboy. seperti biasa, aku gelarkan dorang...kucing pembela jin. makan kuat, tapi badan kecik dan kurus. kalau orang lain tengok, mesti ingat aku tak bagi dorang makanan secukupnya. padahal, kira kira sehari 5 kali kot aku bagi makan.


ni gambar malam tadi. since yaya dah pindah keluar rumah aku, bilik tu aku pakai. dan bawak semua harta kt hall, masuk dlm bilik. wah wah, seronok betul dorang dalam gelap, yg bercahaya laptop ni je. sorga bagi dorang. boleh menari tangoooo.

dah penat menari, mari kita baring berjemaah.


aku cakap1: orang lain berbangga dengan persian, aku berbangga dengan siam! =)


bubye pengantin~to~be - take care!

4 comments:

sI tEDI said...

mcm dak utih akulah. waktukita sibuk nak menaip, waktu tu lahdie menepek muka dia suruh kita hadap dia pulekkk

Papa meow said...

Sama lah kita hehehe

minta perhatian tu hehehe

Misz Pinkie Winkie said...

alolo..
comelnya si tompok itam di idong..eiii geramnya...
cam dani lin..tapie dani kaler coklat..nampak kurus tapie berat cam batu..hehhehe

e.t.t.y said...

macam2 hal kucing ni kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails