:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, May 22, 2010

aku mimpi dia curang dengan aku.

hello hello

* amaran, entry tak bergambar yg bosan. tp penuh manfaat

sebenarnya, inilah entry yg pagi tadi aku nk menulis sangat. tp dek kerana geram pasal mouse dah hancur, itu pulak dijadikan entry pertama edisi hari sabtu.

sebelum tu, aku bagitau, perangai aku memang macam asal boleh je. siapa yg kenal aku, memang kenal sangat aku macam mana. but for those yg baru kenal aku, lagi lagi kenal thru blogging, dont judge aku macam macam eh.
bak kata orang, tak kenal maka tak cinta, dah cinta macam celaka. ehhhh, itu page yg kt fb ramai kawan kawan aku like tu. hampeh betul sapa yg create page camtu.
dah cinta, cinta jelah. terimalah seadanya walaupun perangai buruk, mulut bau longkang.
cecey.

lately ni, asal by telefon je kitaorang bincang pasal life after married.

malam semalam
''by, u rasa i boleh ke get along with your family, u pun boleh ke 'masuk' family i ek. tapi family i okay'' *nk jugak puji family sendiri.
''okay je. family i pun okaylah. asalkan u rajin turun dapur, rajin tolong masak masak''
''oooh, i kalau bab dapur tu no hal je. entahlah, tiba tiba rasa macam takut je kalau nk kena duduk rumah mertua''
''laaa, takde mendenya. family i okay je. i kan ada''
''family u, kalau kerja berat berat macam mengemas tu, lelaki ke perempuan yg buat?''
''tengok keadaan lah. kalau berat sangat, lelaki lah''
''ooo eh, yelah kalau kt rumah i, kerja angkat berat berat ni, kerja kitaorang''
''atenya, dari mana datang orang lelaki kt rumah u tu cik etty oiiii''

hahaha, ye tak ye jugak kan. =)

patutnya dah end sampai situ je, tapi macam gatal pulak nk bertanya. sebelum tu, aku dengan najibun ni memang dah biasa sembang ngarut ngarut. so jangan nk ingat semacam okay.

''eh, cuba u tengok kt anu u tu. ada taik lalat tak? ada berapa?'' hahahahah, aku gelak dulu.
''jawapan dirahsiakan''
masa ni aku dah telan air liur bergelen gelen.
''kenapa?''
''hari tu ada terbaca 1 blog ni. mak kakak ni, suruh akak tu check anu laki dia. ada berapa taik lalat. kalau ada 2, nanti dia kawin 2, kalau ada 3, 4 dia boleh cukupkan kuota dia!!!''
''haish, u ni. suka na lah percaya benda benda camtu''
''laaaa, kata petua orang dulu dulu''
end.

haaaa, tengok betapa kunonya aku. aku tak tau lah korang pernah dengar ke tak. sebelum ni memang aku tak pernah dengar pun petua macam tu. tp since baca blog kakak tu, baru lah aku beranikan diri tanya soalan berani mati kt najibun. hahhahahahahhahaha.

aku ni memang berfikiran kolot kot. aku akan percaya benda tu. haha.

najibun ni kan. dia tak lah hensem mana pun. rupa pun sedang sedang je. wah mati kalau dia baca ni. tapi dia tak tau blog aku pun. hehe.
tapi......dia adalah seorang yg presentable person. kiranya, aura dia ada. dia smart. kalau berjalan pergi mana mana, dia sentiasa nk nampak bergaya walaupun pakai t shirt biasa, tapi rambut mesti cacak cacak. gaya cakap walaupun bukan soft spoken, tp yakin. no wonder, kalau pergi interview, confirm dia dapat. dia admit kt aku, dia bukannya terel sangat speaking, bukannya betul betul tau isu semasa. tp bila time interview, dia yakin nk speaking walaupun tunggang langgang bahasa, grammer lah segala, yakin bila jawab hal isu semasa.

dan no wonder sangat, ramai perempuan suka kt dia. sebab hal hal tersebut. so aku, walaupun dia tak hensem untuk dijadikan bahan rebutan, tp tetap risau.

dengar je lah masa kt unikl dulu. dia cerita, dia ceritalah sohih ke tak, aku tak tau. ramai pompuan suka dia. in fact, kalau weols putus, ramai yg nk ngendeng kt dia. disebabkan dia setia kt aku je, dia tolak. ntah betul ke tak, aku pun tak tau.

masa kerja pulak, ramai je dah tau dia dah ada gf. masa kantoi fax slip kursus kahwin hari tu. tp tetap orang nk gosip gosip dia dengan perempuan lain. yg perempuan tu takde nk rasa bersalah ke apa rasa malu malu.

haaa, tengok aura budak tembam tu.

so memang kerisauan tu tetap tinggi. agaknya, ditakdirkan ada jodoh kami, tapi aku tetap bini nombor 1 which mean kalau dia gatal jugak nk berbini lebih dari aku, memang tak syak lah. hahaahahahah. jauhnya aku berperangsaka.
shuh shuh, jauh jauh kan lah semua tu.

malam tadi punya topik pulak, apa eh. aku dah lupa. hahahahaha. cepat sangat makan semut ni. tapi hal rumahtangga jugak lah.
sehingga buat aku terfikir fikir sebelum tidur.
haaaaaa, ingat dah. pasal kahwin banyak ni lah.

''u rasa kan, apa punca u kahwin lain nanti ye bila kita dah kahwin?''
''entah. saja saja kot''
''i baru je habis baca buku yg jaja bagi tu. dia cakap, kalau takde keperluan, sebaik baiknya satu je. lainlah kalau ada masalah''
''entah apa jawapan dia aku lupa''
''kalau setakat nk tolong janda, nk tolong orang susah, ramai lagi kot yg boleh tolong''
''lelaki kn makin kurang sekarang ni, so itu tugas i''
wadahel tugas kau. aku sebat kang!!!
''waklu tugas tu, ramai lagi lah yg boleh tolong orang tu. ustazah tu kata, kalau takde masalah, jangan cari masalah. jaga yg seorang tu je. kalau setakat nk penuhkan nafkah batin, tak payah. u mampu ke rasa rasanya?''
''i kahwin lah dengan orang kaya''
''sengal. untuk apa. dia kn dah kaya, boleh dapat sapa sapa''
''boleh belikan i sport car!!! hahahaa''

weng weng jugak dia ni. aku tengah serius dia main main. tu jelah kot yg aku sembang malam tadi. sampai tertidur fikirkan benda tu. ye, aku memang akan ambil serius benda benda macam ni.

sekali aku mimpi ngeri kauuuuu. siap masa bangun tidur, terasa sebal, sakit hati. in fact, dada ni rasa nk pecah sebab terlalu sakit hati.

aku mimpi, aku baru kahwin dengan dia sebulan atau 2 bulan camtulah, dia dah kahwin dengan orang lain. janda beranak 1! wadahel betul. asal mimpi ni???? ni mesti sebab dok fikir hal ni semenjak dua ni kan.
siap pompuan ni tinggal kt rumah aku. sengal berayun betul.

pompuan tu adalah ex gf kawan aku. siot tul ko masuk dlm mimpi aku.

dalam mimpi tu, aku dgn najibun plan nk pergi honeymoon. pastu najibun gedik gila owh nk bawak pomp tu sekali. dengan baby dia sekali. wadahel lah! *yg aku emo ni asal? mimpi je kot. hahahaha. sorry.

aku dah cakap, lah ni kan honeymoon kita. tak payah lah ajak pompuan tu. nanti lain kali u lah pergi dengan dia. walaupun hati aku sakit, aku lontarkan juga pendapat tu.
tp lelaki tu degil. nk jugak bawak 2 bini sekali. aku siap suggest, kan membazir nk kena sewa 2 bilik. sekali dia jawab, laaa sewa 1 bilik cukuplah. kita share.
WTFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF kau. apa hal nk share share kan.
kalau nk bermesra takkan sorang kena keluar???

*wey korang, walaupun yg aku tengah cerita ni mimpi aku, tapi serius aku rasa macam nk pecah dada ingat balik sebab ingat betul betul

perempuan tu buat muka selenge lak. haaaai geram lakkk aku.

yg najibun sangat gatal bontot gila kuasa nk bawak dua dua. pastu dalam mimpi tu, takde nk pujuk pujuk aku, takde nk slow talk ng aku. shilaka betul.

kawan aku datang, rini. aku pun mengadu domba lah dengan dia. ntah dia fire apa kt najibun, aku dah lupa.

aku bangun bangun je tidur.....serius, aku sakit dada. rasa nk pecah, sakit sangat. rasa macam betul betul. terus tak dapat tidur lagi. terus text by ''i mimpi u kawin 2 walaupun kita baru sebulan 2 kahwin. siap nk romen dengan 2 isteri sekali. sengal!!!''

tengok emo gila kan aku. mimpi je baru. kalau betul betul entahlah tak tau apa jadi.

inilah akibatnya kalau asyik blogwalking kt blog meraban raban. eh blog yg petua tu tak meraban, tp pernah terjah blog ada masalah suami tu baru je berapa bulan kahwin, tapi nk kahwin lain dengan janda anak 1. haaaa tengok. so dah tau lah punca nya kt mana kan mimpi tu datang.

siot tol.

korang, panjangnya entry ni. aku malas betul nk check.

aku selalu jugaklah mimpi by kawin lain. tp aku tetap yg pertama. tak pun, mimpi dia curang dengan aku. orang yg dia curang, yg aku ingat lah ina sepupu jauh aku, jaja sepupu aku, nana kawan baik aku, pelakon indon yg jahat cerita solehah tu yg tembam tu.

tp memang, bila bangun tidur, akan rasa semacam. macam betul betul jadi.

ate, nk buat macam mana kan. dah orang yg kita sayang, curang dengan kita, mesti ada rasa tu.

aku dah selalu mimpi macam ni, apalah petanda nya ek???

doa doa lah semua tu mainan tidur je. aku ni susah sikit. pemikiran tu terlalu complicated. haha.

okay, tu je. terima kasih kerana sudi baca entry sengal ni.



aku cakap1: aku memang selalu akan mencarut sedikit dengan najibun. hahahaha. abaikan. kang taulah aku camne nk handle kalau dah jadi laki bini. jangan jadikan issue eh. thanks.

bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails