:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, May 1, 2010

kesian kucing ni, tapi aku puas sedikit.

hello hello


cerita sedih. again??? cant stop darling.

semalam kt gerai, tiba tiba mak jerit, ''eh ada kucing tu lah''
aku pun jenguk. pelik sebab selama aku tolong mak kt gerai, tak pernah nampak sekor kucing melainkan anjing je banyak. siap mengawan beramai ramai depan aku. haha. ok tu cite lain.

kucing tu warna cicak. warna cicak ni, aku bayangkan warna coklat lah. coklat putih. ekor panjang. aku panggil. oh kucing tu tak mesra alam. dia lari.

aku terdengar bunyi orang jerit shuhhhh shuhhhh. suara apek depan gerai tu. dia halau kucing kucing tu dari makan apa ntah yg dia jemur. sambil nk pukul pukul anak anak kecil tu. aku dah emo kt situ. ''eh, apasal nk pukul pukul tu. janganlah pukul wey''
aku rasa suara aku kuat time tu, sebab nyonya tua tu pandang je masa aku cakap. haha. biarlah. yang penting aku tak gemor kelakuan laki dia nk pukul anak kucing tu.
kucing tu lapar, tentulah apa yg terhidang depan mata dia nk tau samada benda tu boleh makan ke tak kan.
kalau kau tak suka makanan kau kena usik, jemurlah depan kedai, yg jemur belakang kedai tu pehal ngang?

oh ye, yg dia pukul tu bukan kucing cicak tu, tapi sekor lagi. warna kuning dan putih. macam gambar kt bawah ni. heh, siap google. *rindu cimot


rupanya ada 2 ekor anak kucing. kesiannya. siap masuk dalam bakul sampah nk cari makanan. air mata ni jangan tanya lah menitis ke tak. kalau tak cengeng hal berkaitan kucing, bukan etty namanya tu tau.

cepat cepat aku bayangkan kucing kt rumah. hilang sedikit sedih.

aku bosan kt gerai dah tak ramai orang, aku berangan. tiba tiba kitten yg kuning tu datang kt belah gerai. terus aku panggil dan umpan dengan ikan bilis goreng mak aku.
ooo sombong eh??? at last, dapat jugak aku cengkam leher dia, terus aku peluk, cium dia. haha. aku tak gila okay cium kucing jalanan. memang aku macam tu dari dulu. aku selamba je kot cium kucing tu. tapi agak agak ar, kalau comot kotor sangat, takdelah aku cium.
sebab kucing ni bersih jugaklah. ermmm, suka bau kucing.

dia dapat makan ikan bilis berapa ekor tu, macam dapat makan sebungkus iams tau tak? punya lah lapar. kesiannya aku tengok.
mak cakap ''bawak balik lah, mandikan dia, bagi makan, pastu letak balik sini''
''alah tak boleh. bila dia dah jejak rumah tu, dia tak boleh keluar dah''
haha. baik punya alasan. betul lah. aku ni kejap je jatuh sayang pada kucing. dah masuk rumah aku, dah teringat ingat bau dia, jangan haraplah kucing kucing tu nk keluar rumah. jadilah anak aku terus.

dah bagi ikan bilis, aku bagi pulak telur rebus sebelah. balance nasi lemak. pun sama, walaupun sebelah, tapi nampak kenyang gila. kucing kan pas kenyang terus bersihkan mulut, muka dia. tu tanda dia kenyang.

seronok aku.

mata dia cantik. warna biru, anak mata ada corak warna kuning. macam pakai contact lens yg bercorak corak tu.

ish, kalau aku duduk rumah yg selesa sikit, memang aku dah bawak balik dah. tp duduk rumah flat, takut mak adik adik aku tak selesa pulak bila anak anak dah ramai. so aku tabahkan hati ''jangan etty, jangan. kt rumah tu kena utamakan dulu''
''baiklah''

balik pasang niat, smartheart kt rumah tu, esok aku bawak sikit. buat bekalan kalau ada kucing lapar. takdelah aku curi ikan bilis dengan telur rebus mak lagi. ahakahakahak.


TAPI...........................................


pagi tadi, aku terlupa nk bungkus smartheart tu. pastu kt gerai tak nampak pun kucing tu.


kt rumah, mak sampaikan pada aku berita sedih sangat. kan aku dah cakap, kalau tak cengeng.....apa dia??????? haaaa, pandai pun. =(

pakcik daud [tukang masak asam pedas yg sedap tu] cakap kt mak, yg kucing tu dah mati secara tiba tiba.....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sedih sedih.

pakcik daud cakap mungkin kena patuk ular. sebab dia nampak kucing tu berjalan terhuyung hayang, pastu terus tumbang. takde darah yg menandakan dia kena langgar ke apa.

aku macam?????
salah aku bagi telur rebus ke???
kucing aku dulu okay je makan telur.
aish. aku dah meroyan dah ni.

kesian lah. pagi tadi nampak kucing warna cicak tu tidur dalam belukar belakang gerai. mesti dia sedih dah takde kawan.

aku macam nk ambil je kucing cicak tu.

tolonglah korang, kalau rasa tak sanggup nk bela kucing banyak banyak, tolong buang kt tempat yg senang dia nk cari makanan. pasar basah ke. jangan buang kt kedai makan. kang jadi macam hero.
lagi lagi restoran cina. dorang ni macam anti kt kucing dol. nampak je kucing, nk sepak terajang, tapi kalau anjing mengawan buat style berbelit belit pun boleh relax padahal macam geli kau nk beromen kt kedai aku. eh ter 18sx pulak.


tapi sedikit sebanyak, aku berbangga, aku dah buat dia kenyang semalam. walaupun hidangkan dia hanya untuk breakfast.


al-fatihah......


aku cakap1: bila sedih, terus cari anak anak dan dakap mereka.



bubye pengantin~to~be - take care!

4 comments:

Papa meow said...

kesiannya...Kenapa jadi cmtu, berbuih x mulut dia? Selalu kalau terkena racun mulut dia berbuih, sama juga kalau dipatuk ular.

e.t.t.y said...

tak pasti lah sebab tak nampak. tuan punya gerai yg nampak dia jalan huyung hayang, pastu menggelupur.

sedih

sI tEDI said...

etty, gerai emak kat mana?

dah ajal dia..

macam dak utih aku lah..

tiba2 je..

kau dah buat yg terbaik!

e.t.t.y said...

kt pokok mangga. meh lah tedi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails