:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, May 1, 2010

aku bebel pasal jerawat aku ni.

hello hello

aku sekarang betul betul hunting for new product for my acne problem. ahhh tak suka betul lah. masalahnya muka ni ngade ngade dan terlalu sensitif. ngade-ngade nya ialah, kalau product tu suits dengan orang lain, orang lain pun suggest kau pakailah bendalah ni, dulu muka aku teruk wey, pas pakai ni, terus licin gebuuuus muka aku. okay, aku pun ghairah terlebih nk menerai. sekali tak jalan daaaa, makin teruk sudaaaaaa.

maknanya, apa yg orang warwarkan pada dorang elok, tapi bukan pada aku. pada aku itulah adalah like hell. serius.

dah ramai kot kawan kawan aku suggest pakai itu, pakai ni. disaster semuanya.
paling tak syok, mahal nk mampus tp masa tu aku mampu nk pakai, tp semuanya sia sia belaka.
aku pernah pakai clinique. ah masa tu lah disaster terus melanda muka aku. ntah apa dia letak dlm botol tu aku pun tak tau. tp aku rasa, itulah kemuncak masalah aku ni. eh bukan kemuncak, permulaan sebenarnya.
aku dah stop pakai. in fact, ada lotion for blemish, ada lagi. sapa sapa yg sesuai dengan clinique, contact aku. aku jual harga murah. beli da nak dekat rm100, aku jual lah separuh harga sebab aku pakai suku je pun. lagipun, tak pernah guna direct apply kt cotton ball. aku letak dalam botol satu lagi. so bersih.
tapi, aku ada beli gel wash dia. since beli mahal, aku pakai jugak sampai habis. besar nk mampus, bila lah kau nk habis????

kemudian, kawan aku suggest pakai tia amelia. krim kunyit. dia berialah cakap yg parut jerawat 5 tahun lepas hilang sekelip mata lepas pakai krim kunyit tu. dan jerawat pun hilang dah. siap tunjuk gambar dahulu dan sekarang. aish, terjebak lagi. okay beli.
krim tu berminyak. muka aku pulak memang stok minyak sebotol suci murni. oooh tidak. minyak bertemu minyak maknanya bertambahlah kaum jerawat kt muka aku.

pastu jumpa eton. dia pun pakai gak krim kunyit tu. dia kata okay. siap pakai krim jeragat walhal muka mana ada jeragat kan. so dia dengan confident kata parut jerawat hilang dengan pakai krim jeragat tu. okay, fine aku bakal terjebak bau bau sudah datang.

balik kerja, singgah ampangpark, aku singgah butik jual barang barang tu semua.
yes lah! kan aku dah kata.

finally, makin teruk. siap merah merah, mengelupas dengan hebat sekali.

surrender aku.

dulu....ni dulu punya cerita. yang sangat panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang! sila baca jika inginkan pengetahuan. hehe.

masalah jerawat tak lah teruk sangat. tp gatal nk cuba benda baru. nk lagi okay lah kan.
sepupu aku try pakai de wajah. aku pun gedik try.
sekali kauuuuuu. itulah juga permulaan kepada permasalahan ini. teruk muka aku jadi sensitif. kulit dah nipis dah ni.

yaya suruh aku pakai ubat gigi cengkudu. tak jalan jugak.

masa kt uitm, kawan kawan suruh pakai delicinT. mahal. tak mampu ketika itu.
tp masa praktikal, pergi farmasi dengan scandal. hhaahhahaha.
sekali tak dapat delicinT, dapat cymicin.
macam tak yakin kan sebab tak pernah dengar pun cymicin tu mende.

sekali kauuuuuu, terus licin zaaaaazzzzsss muka aku.

pakej dengan fair n lovely dan pencuci muka gamat.

perfectooooooo!

bila dah kerja, naik balik. mencanak canak tumbuh jerawat. bila pakai balik semua semua yg pernah cantikkan aku suatu ketika dahulu, dah immuned kot. tak jadi. sedih tak kalau jadi kt korang????
dah lah jerawat tu tumbuh belah kanan banyak. bila naik kereta ng by, mesti dia tegur. eh jerawat tu makin banyak lah. siap lobang lobang semua tu.
wadahel betul. belah kiri yg licin ni takde pun kau nampak. asyik nampak yg kanan jeeee.

start tu lah try clinique sebab...ah blog kau lah puncanya. asyik nk blogwalking je. dorang semua stok kulit muka camne pulak kan. muka aku ni ngade ngade. dia tak nak share pakai product ng semua orang. aku banned clinique.

clinique ni kan, problem aku, jerawat tumbuh, tapi dok lama kt bawah kulit tu tak keluar keluar. sampai kita kena picit kasi keluar, kalau tak picit, haaa duduklah sebulan ke 9 bulan 10 pun takpe dia tak kisah. haa camtulah kekdahnya.
faham tak masalahnya apa??? jerawat taknak menonjolkan diri sepenuhnya.

tapi, kalau korang sesuai ng clinique tu, korang go on jelah. lain manusia, lain kulitnya. aku kulit sensitif.

pastu aku try pakai bedak sejuk permata hijrah tau. actually, macam okay, macam tak okay. so tak berapa yakin nk perkenalkan pada orang.

pastu, try pulak bedak sejuk cap happy tu. ala stok orang orang dulu pakai. dulu aku tengok makcik aku pakai, cantik je muka dia.

aku pun zaz pergi mydin cari dengan yana. dia pun kata masalah dia jerawat tak keluar. macam aku. ceyy poyo poyo konon pasni takdelah masalah lagi kan.

jawapannya HAREEEEEEEM!

makin teruk.......haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


see see, kan aku dah kata. apa yg orang lain pakai, kt aku mesti tak sesuai jugak. aku kena pakai product yg orang lain tak pernah dengar atau pakai. macam cymicin tu. bila aku tanya orang, semua tak kenal. haaaaa......aku kena cari balik cymicin tu lah gayanya ni.

pastu, hari tu pergi watson. nk cari jugak product yg baru. adalah terpandang pencuci muka dari jepun ni. well kita semua tau kan, jepun punya product boleh tahan jugak lah.
tapi aku tak berani wey nk ambil risiko. kang kalau tak elok, sapa pulak nk pakai pencuci tu kan. mahal dlm rm26 dengan botol besar. aku kalau boleh nk cari trial pack dulu.
tp kadang kadang tak boleh caya gak trial pack tu. aku rasa lain lah content dalam trial pack dengan yg betul punya.
benda tu lah buat aku terjebak ng clinique dulu. bila pakai trial pack, terus muka aku cantik bak bidadari. tanpa segan silu, beli yg hok besar, terus macam godzilla!!

dah lah muka aku ni cerah. nampak sangat parut jerawat sana sini, merah merah walaupun tu bukan jerawat aktif. hoh, dah macam gunung berapi pulak ada istilah aktif dengan tak aktif.

pada korang yg berkulit sawo matang, jangan gedik gedik nk cerahkan kulit. kulit sawo matang ni, lagi cantik tau sebenarnya. tak nampak parut jerawat yg huduh tu.


urm, aku nk suruh korang recommend kt aku product mana bagus pun, kang kena kt muka aku, tak okay jugak.
tapi takpelah, agak agak ada yg bagus, drop lah komen eh.

dan aku terfikir fikir nk dapatkan pandangan pakar. nk pergi klinik kulit. kt melaka ni kat mana eh klinik kulit?????????? any suggestion tak, sebab pakar kan. kalau makin teruk, aku saman je. haha.

ke new york solution?
ke doktor murad?


okay selesai membebel. chapter jerawat.


aku cakap1: kang suami terkejut bangun tidur tengok orang sebelah rupanya godzilla tanpa make up camne???




bubye pengantin~to~be - take care!

3 comments:

wawa ♥ said...

muka saya cm awk jugak. da try macam2 da. susahnya kulit sensitive. nak jumpa org pun malukan. cymicin tuh awak beli kat mana?tak try cari kat tmpat awak beli dulu.?

Tik Rika said...

Kesian dgr cte awk ni...awk mmg
Sensitive kot..kalau krim tu pakai jap je hlg parut,tu suspek ada merkuri @h.quinon tau..psl parut plg lama pun 6 bln br blh hlg
Btl...skg muka awk dah penuh kimia mcm jns...awk try buat detox kulit dan bdn dulu...then slowly guna cara traditional...pulihkan dan kuatkan blk kulit...

Tik Rika said...

Kesian dgr cte awk ni...awk mmg
Sensitive kot..kalau krim tu pakai jap je hlg parut,tu suspek ada merkuri @h.quinon tau..psl parut plg lama pun 6 bln br blh hlg
Btl...skg muka awk dah penuh kimia mcm jns...awk try buat detox kulit dan bdn dulu...then slowly guna cara traditional...pulihkan dan kuatkan blk kulit...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails