hello hello
yang sebenarnya, aku dah shut down laptop. nk tidur setelah aku penat menangis. ye aku menangis tadi. lantaklah org nk cakap aku cengeng ke apa.
aku menangis sebab apa?
bergaduh.
dan kenangkan masa depan yg entah terang, entah gelap.
sembahyang isyak aku manfaatkan sepenuhnya masa sekejap tu, berkomunikasi dengan Allah SWT. lama nya tak buat macam tu. selalu lepas solat, terus baca doa pendek, lipat telekung. kalau sempat, sedekahkan al fatihah dan baca ayat kursi sebagai pendinding diri.
aku tak tau nk mengadu dengan siapa tentang masalah hidup. yeaa, entry entry lepas, memang tunjukkan yg aku adalah org yg mudah ketawa, yg sengal dan gila gila. tp sebenarnya dalam hati aku selalu menangis kenangkan hidup sendiri, dah kehidupan keluarga aku.
nk mengadu dengan mak, tak mungkin. kami anak beranak bukan macam sesetengah anak beranak yg lain, yang terlalu kamceng macam kawan kawan. boleh share segala benda. kami anak beranak yg biasa je. so memang takde nk mengadu kt mak.
nk mengadu dengan adik adik. entah dorang faham atau tak keadaan kakak dorang ni.
nk mengadu dengan by. entahlah. tengok, aku sendiri tak pasti akan kemampuan dia nk mendengar masalah aku. 6 tahun, aku kenal perangai dia. so, aku tolak dia ketepi bab nk mendengar ni. tapi bukan semua. ada masanya, dia ada jugak pinjamkan telinga dia. ada masanya, aku tetap mencari dia untuk luahkan perasaan. malangnya kalini, aku malas sangat nk kaitkan dia dlm masalah aku.
nk mengadu dengan kawan baik aku sekarang menjaga penggunaan bil aku. takut over limit, takde duit nk bayar. mungkin sesetengah boleh dipercaya, sesetengah tak boleh dipercayai. ada kawan baik pun, masing masing bila dah kahwin lupa kawan. padahal, hari nikah kahwin dorang, aku yg bersusah payah. harap korang baca ni, dah sedar diri. aku dah malas nk jadi aku yg dulu, yg sanggup redah naik bas pergi kampung dorang, semata mata nk jadi teman di kala korang di akad nikahkan. pendek cerita, lantak koranglah nk nangis ke apa. aku dtg nk makan nasik minyak je. jgn call aku, mintak tolong aku jadi peneman korang masa korang menangis ingatkan arwah mak bapak korang sebab masa korang menikah, arwah takde nk share kenangan tu. tu semua dah berlalu. aku cukup serik hadap jenis manusia atau KAWAN macam ni. ingat aku balaci korang ke?????????
okay cukup.
nk mengadu dengan kucing apalah yg dorang faham dari kita. dorang cuma boleh tenangkan kita je. tu je.
kenapa aku lupa yg Allah sentiasa ada dengan kita??? serius, aku lupa.
kenapa aku lupa yg Allah sentiasa mendengar dan tahu yg kita ada masalah??? aku lupa. jahil gila.
lepas je bagi salam, aku tak tadah tangan. aku mengadu dengan Pencipta yg Maha Esa.
''ya allah, kenapa aku tak boleh nk bagi kesenangan hidup pada mak aku, adik adik aku? bila masanya aku boleh bagi duit yg banyak pada mak supaya dia boleh beli yg dia nak? bila masanya aku boleh bagi kesenangan pada keluarga aku setelah bertahun kami hidup dalam serba kekurangan selepas abah pergi?
ya allah, kenapa hidup kami sentiasa malang? kenapa kehidupan kami tak senang macam orang lain, keluarga lain?
ya allah, mak suka ke ada anak macam aku? bangga tak dia dengan anak dia yg sorang ni. hari hari dia, dia gembira ke aku ada disisinya tanpa kerja, tanpa pendapatan?
ya allah, bangga ke adik adik aku dengan kakak dorang yg jobless ni? senang ke hati dorang bila dorang mntak duit nk beli itu beli ini, tapi aku cakap akak takde duit.
ya allah.......''
terus terang, aku tak pernah mengadu macam tu, tak pernah menangis macam tu.
dan sekarang, serius aku tak pernah rasa lapang dada macam sekarang ni. dan korang tau, masa aku mengadu tu, aku dapat rasa Allah ada depan mata aku. MATA HATI.
orang takkan faham kenapa aku ambil keputusan nk berhenti 24jam dari kerja lama. dan aku malas nk panjangkan cerita. pada yg tahu, tahulah. yg tak tahu, biarlah aku simpan sendiri.
orang pun takkan faham masalah keluarga aku.
orang pun takakn faham beban yg aku tanggung.
aku bernasib baik sebab hasil aku kerja, ada jugak aku menyimpan. tak banyak, tp masih boleh menampung segala perbelanjaan penting keluarga dan diri. ye, aku sedikit boros, tp masa sekarang, aku kena belajar jimat cermat. duit yg lebih, aku spend untuk kucing kucing aku. ada lebih, untuk keluarga.
cuma aku fikir, sampai bila aku nk hidup mcam ni. macam takde arah. sampai bila aku nk susahkan mak lagi? sampai bila aku nk kecewakan mak? aku tau, aku dah sampai tahap derhaka pada mak, sebab tak pernah nk buat mak gembira.
najib kalau u baca ni, i minta maaf banyak banyak.
tolong jangan salahkan i sorang dalam hal i berhenti kerja. kalau bukan sebab u selalu mengelak dari berbincang hal nikah kahwin kita, takkan senang2 i nk berhenti kerja. i akan fikir berkali kali walaupun kerja adalah tanggungjawab i. sedikit sebanyak, masalah kita bersangkut paut jugak.
and stop complaint pasal hal hal kerja. u tau i tengah berusaha cari kerja, tolong jangan nk desak. dan kalau u tertekan dengan orang sekeliling u, tolong jangan jadikan i punch bag u nk lepaskan geram.
dan tolong jangan pertikaikan kenapa i tolak kerja cikgu tu. i tak mintak semua tu. i memang tak mau.
dan tolong jadi seorang yg memahami i. siapa lagi yg boleh faham i kalau bukan u???
i minta maaf. kalau apa yg i taip ni, salah!!!
dan aku pelik. tak taulah kalau ayat aku ni, ayat munafik ke apa.
aku sembahyang 5 waktu. kadang kadang 4 waktu. tapi aku sembahyang. tapi kenapa orang yg tak pernah sujud kt tikar sembahyang, lebih murah rezekinya???
aku tak salahnya Allah yg memberi rezeki. tp aku fikir, kenapa yg mengalami kesusahan ni, aku? kenapa aku? kenapa tak pada orang lain, yg lupakan tuhan. dia bukan period sepanjang tahun, tp dia memang malas nk sembahyang!
kenapa??? aku pelik je kenapa.
dah cukuplah. aku takde kawan. aku cuma ada blog tempat aku nk luahkan hati. dan mungkin ada kawan kawan alam maya yg boleh membaca entry ni. takpe, at least aku lega sebab dapat luahkan perasaan.
nanti ada orang kata aku tak percaya pada qada dan qadar pulak. nanti macam macam isu timbul pulak.
aku percaya pada Allah dan juga ketentuan yg Dia telah tetapkan.
aku cuma pelik dan aku hanya mahu mengadu.
terima kasih Ya Allah kerana mendengar kata hati aku tadi, dan tenteramkan hati ku. aku mohon ya allah, agar kau mengampunkan dosa dosa ku, ibu bapa ku, adik adik ku, arwah nenek dan datukku.
aku mohon ya Allah, sesungguhnya engkau pemberi rezeki kepada hamba hambamu ya allah. kau turunkan lah rezeki yg halal pada ku yaAllah. agar bisa aku menolong ibuku, membantu meringankan beban dia ya Allah. setelah aku berusaha mencari kerja, aku mohon agar rezeki itu berpihak padaku ya Allah.
ya Allah, permudahkan aku dalam urusan menghalalkan hubungan kami berdua yaAllah. jika dia jodohku, permudahkan dan senangkanlah urusan kami. jika dia bukan jodoh ku, kau jauhkan lah dia dari hatiku. sesungguhnya, kau yg membalikkan hati.
amin.
bubye pengantin~to~be - take care!
4 comments:
salam
sedih mmbaca entri atau lebih tepat luahan hati etty. rasanya aku fhm dan mengerti apa yg kamu rasakan itu
dlm kehidupan kita ni, kita akan sntiasa diuji dan kdg2 rasa mcm dah x tertahan lg apabila diasak dgn ujian-ujian yg diberi kan..
tapi sbnrnya org yg diuji itu adalah dikalangan hamba-hambaNya yg disayangi
"dan jgnlah kamu merasa lemah dan jgn pula kamu bersedih hati, sbb kamu plg tinggi darjatnya, jika kamu org yg beriman" surah al-imran
sbb tu etty jgn sedih2 ok, yakinlah setiap ujian adalah ketetapan dari-Nya dan ada hikmah disebaliknya
smoga etty dpt mencari keredhaan dari ujian ini dan seterusnya dibukakan Allah jalan dan pintu rezeki utk etty sekeluarga, insya'Allah
senyummmm :)
meow - terima kasih sebab memahami. insyaAllah cuba fikir positif
etty, aku pon ada masalah sama...sabar eh..
aku tau ko kuat...
fara - yeke sama? tak sama. ko ada kerja, aku tak.
Post a Comment