:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, May 8, 2010

my sleeping partners.

hello hello


rasanya dah banyak kali aku cerita yg rumah ni kecik je, tapi anak anak selalu hilangkan diri sampai aku tak tau nk cari kt mana. mentang mentang badan flexi, senang nk menyorok kt tempat tempat yg memang susah aku nk masuk atau cari.

lepas tu masing masing booo layan dia aku panggil. kan kucing kalau dipanggil camne eh...ala yg macam miauuu...cot cot cot. eh apa bunyi aku buat ni??? ala macam bunyi panggil kucing tu lah. haaa, pandai pun.
dorang tak layan okay. lagi lah kalau time dorang tidur, tp dah sampai time aku nk bagi dorang makan, haram nk datang. budget macam RAJA & PERMAISURI KUCING yang aku kena sembahkan dan mencemar duli bawak bekas makan kt tempat dorang tidur. boleh???

tapiiiiiiiiiiii, kalau bab tidur bersama, memang bertiga. kalau dah tidur berdua, pastu sekor lagi terjumpa port berdua, dia pun landing terus jadi tidur berjemaah bertiga. kalau bertiga tu, selalu tempat yg senang nampak.

tapi si mell kan, tak boleh org kacau dia tidur. even kalau aku tidur sebelah dia, cepat je dia calooo, cari port lain. sob sob sob sedih aku. org nk bermanja, dia lari. spesis apa aku tak tau lah kucing ni. =)


mell memang suka buat aksi akrobatik. ingatkan kalau sukma melaka ni ada kategori kucing, aku dah masukkan dah. meliuk liuk lentok badan dia haaa.


haaa, ni port tidur berjemaah bertiga. kt bilik ampai baju @ stor. tengok adik..
tak payah lah geli kalau datang rumah aku nk makan eh. tudung saji tu dah tak pakai dah pun. hik hik hik


bakul ni memang mak reserve untuk dorang tidur dan lepak lepak.

alamak, pembaca lelaki...alah, macam tak biasa pulak tengok plastik biru tu kan??? ampun, tak sempat nk crop.

bakul tu ada 2 je. nasib baik tak 3, kalau tak sorang satu dapat bakul tidur.


caya tak cakap aku mell boleh menang gimrama??? bakul yg kecik tu dia boleh nk lentok lentok. memang muat badan dia pun.


jadi, jangan expect aku nk belikan bed, bakul yg ropol ropol tu untuk dorang. haram dorang nk guna. dorang lagi suka kot tidur merata rata. bagus lah dorang ni. memahami!

fuuuuuuhhh, lega! kalau jenis yg memilih nk tidur atas kain sedap sedap, kopak kot aku. hehe.


aku cakap1: kalau aku beli, silap silap aku yg tidur kt bed tu. tu pun muat sebelah kaki je. ahaks


bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails