hello hello
aku baru balik dari mydin dengan yaya. terima kasih yaya kerana ada di saat kecemasan ni.
aku tak putus putus google, cari maklumat pasal sakit adik ni. bila sha, letakkan link dalam fb tentang keadaan aku dan adik, ramai kawan kawan dia bagi feedback. samada yg bagi aku semangat dan bagi pendapat. dan baru aku tau tentang virus tu. nantilah, bila ada masa, aku selitkan sikit informasi pasal virus tu. virus feline Panleucopenia(Distemper kucing).
ya, virus ini kebanyakan atau sememangnya akan membawa maut. hanya segelintir kucing je akan terselamat.
antara yg aku jumpa, ada petua dari forum mengatakan yg kucing dia ada symptom yg sama macam adik. doktor pun kata mungkin tak lama. tp dia bagi minum MINYAK gamat, bukan air gamat. erk, aku macam. okay, dulu pernah je aku bagi kot. tp kuantiti yg sedikit. lagipun kalau dorang ada luka, aku sapu jugak minyak gamat. then dorang jilat jilat. so rasanya takde keraguan kt situ. cuma aku masih blur.
so aku decide, bagi air gamat instead of MINYAK. dan aku beli sekali air zam zam.
itu ikhtiar terakhir aku memandangkan adik memang takkan berkerjasama dengan aku masa aku bagi makan ubat.
ye korang, aku bukan apa, aku tak sanggup nk tengok dia gunakan sepenuh tenaga dia menghalang aku dari bagi dia makan ubat. korang tau, mata dia dah ke dalam. aku rasa kalau dicungkil, dah boleh keluar dah bijik mata dia. muka dia cengkung sangat. so bila dia berlawan dengan aku time aku bagi makan atau ubat, memang nampak dia menarik otot dia.
aku kesian. aku tak sanggup nk melawan balik.
dia nk minum, tp dia macam tak pandai nk minum sendiri. aku gantikan air masak dengan air glukose. tu pun dia tak mau. so semoga air zam zam tu, dia suka.
balik je mydin, terus aku bagi yg patut. korang tau, dia punya mengeliat tak mau disuap kuat sangat. sampai kudrat aku dengan yaya kalah dengan dia.
bila aku lepaskan dia, adik tak boleh jalan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
korang bayangkan apa perasaan aku masa tu....
kitaorang bertiga menangis serentak. tak sanggup nk tengok keadaan daif adik masa tu.
dan terus aku fikir, kalau betul masanya ya Allah, kau ambil lah nyawanya. aku tak sanggup nk tengok dia menderita.
ya, aku dah berani berdoa macam tu. sebab aku kasihkan adik, dan tak sanggup tengok dia menahan kesakitan.
adik masuk cage, aku bagi minum air zam zam. alhamdulillah, dia nk minum.
sedia maklum, adik memang suka minum. dalam bertiga tu, dia yg kuat minum. dan aku tau, dia rasa haus, tapi ntah kenapa tak boleh minum.
mulut dia sentiasa je ada air liur. dan bila kt luar, dia akan tunggu kt bowl dia. takpun bila duduk dalam bilik air, dia suka pandang lubang toilet. aku tak tau kenapa.
sekali lagi aku merayu, doakan yg terbaik untuk adik semua. aku hargai sangat sangat. dan hanya Allah yg mampu membalas budi korang atas doa korang.
etty.
No comments:
Post a Comment