hello hello
anak dara aku sekor ni, gemuknya masyaAllah. kalau orang tak tau dia dah neuter, mesti ingat dia bunting. haha.
tp memang lepas di kasi, dia akan gemuk kan. tu yg aku dapat tau dari forum dan juga pakcu masa hantar mell dulu. lagi lagi kucing dalam rumah kan, apa yg dia buat main, makan, berak, tidur.
eh, mell tak malas tau. dia suka melompat time main main. orang kata kucing akan jadi malas. tapi aku tengok tak pun.
nama panggilan - mell gemuk gemuk.
pastu geram landing kepala atas perut dia. hahaha. minah ni agak emo. kalau nk dukung je, mesti jerit kuat kuat. kalau aku geram, sengaja je aku peluk kuat kuat.
tapi mell tetap jadi anak dara yg pemalu. kalau ada tetamu kt rumah, mesti menyorok. sampai kena paksa keluar bawah katil. hari tu ada jiran datang nk tengok mell, punyalah susah nk tarik dia keluar. dah dapat tarik, bila budak tu dukung je mell, meronta ronta.
minggu lepas, masa bawak adik turun tu, aku bawak mell & boboy sekali. tu pun nasib baik ada adik aku temankan. nk harapkan kudrat aku sorang nk jaga 3 ekor, tak dapat lah. kurus aku mengejar dorang je. pastu mak long [owner lama mell] nk jumpa mell. dapat peluk je mell sukalah mak long sebab mell gemuk.
untuk tedi & kak lin - mak mell dah dibuang. agak kesian jugak sebab dibuang di klinik kesihatan klebang. urm, kalau buang kt klinik haiwan dapat jugak vet rawat masalah kurap dia tu kan. apsal lah tak buang kt pasar kan. senang dia cari makan. tapi apa boleh kita buat, kucing orang...sedih jugaklah.
muka tembam betul. geram tau. rasa nk cium cium je muka tembam dia tu.
badan besar ada hati nk masuk dalam rak. tak muatlah mell, mell muat letak kt atas tu je.
kalau mell lari lari, mesti mak sakat ''hah, perut pun goyang goyang''
hahahaha.
oh yea, hari apa eh. aku bawak adik turun. pastu mell pun sibuk nk turun tp dia stuck kt level lain. aku pun tinggalkan kejap adik, ambil mell. sampai bawah, mell bergaduh dengan kucing jantan lain. kau tau perasaan aku masa tu??? gabra gila okay. dah lah dia betina, pastu mana pernah gaduh kan. aku kejar, makin jauh pulak dorang lari. last last berhenti kt depan rumah jiran tingkat bawah, pakcik tu tolong balingkan kasut kt kucing jantan tu. haha. kesian jugak sebab kena baling kasut kan. bukan salah kucing tu kot.
amik mell, gamble je tinggalkan adik kt bawah kejap. risau kucing tu cari adik pulak kan. dukung je mell, gila kuat nafas dia. jantung tu berdegup degup je. kesian betul anak dara ni.
pastu ada luka kt tetek dia. tak tau lah luka baru gaduh tu atau luk dah lama. tak buat apa, letak minyak gamat je. hahahahhahahah
tp kesian lah kt dia. tak pernah pernah kena serang kan. selalu kena serangan manja je dari adik & ah boy. adoyai.....
tp macam kelakar pulak. badan mell lagi besar tp kalau dah namanya kucing betina, besar camne pun kalah jugak. tp sebenarnya, umur dorang sama je. tu lah, mell dah neuter, tu yg dia membesar bagai johan! pastu masa mell lari tu, macam tak cukup nafas je. gemuk katakan. =)
mell, gemuk camne pun, mummy sayang mell tau. mell sihat sihat je ye sayang....
aku cakap1: akan bawa mell 2nd vaccine 21 julai. sama dengan ah boy dan adik.
5 comments:
gemuk ok.boboy pon gemuk muke lebar.hehe
hhehhe.
mell yang comel.
badan gemok perot melayut.
hihihih
hidup payau - haha. gemuk pastu berak. kalau dukung dua dua dah macam angkat dumpbell. tegap otot aku. hehe
lin - jalan kejap je dah cungap cungap. terjelir lidah macam anjing. cute...
mell budak demokkk..untie meoww pon syg mell muahhh!
muah balik kt aunty meoww.
Post a Comment