:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, June 22, 2010

belum berhenti berharap.

hello hello


adik masih lagi dalam tempoh rawatan. aku pun tak putus putus berdoa semoga adik cepat sembuh seperti sediakala. biarpun kadang kadang aku hampir putus asa kerana tak sanggup tengok adik terseksa dipaksa makan, dan makan ubat gunakan picagari. bila aku tengok dia macam terseksa nk telan ubat tu, aku rasa ada baiknya kalau dia pergi. aku tak mau seksa dia lagi. dan bila malam dia muntah darah tu, betul betul aku berserah sepenuh hati. aku tak mau lagi tengok keseksaannya adik memuntahkan apa saja dalam perut dia. mungkin sakit perut, sakit tekak dsb.

tp bila fikir, aku masih mahu jaga adik, masa tu jugak aku doa jangan Allah ambil nyawanya lagi. aku masih belum puas membelainya, bermain dengannya, memberinya makan.

ada masanya adik macam dah sembuh, ada masanya nampak amat nazak. bila dah nazak tu, faham faham jelah aku macam mana. belakangkan semua orang, pandang dinding, menangis semahunya. merayu pada adik supaya kuat melawan sakitnya tu, sebab aku masih perlukan dia, mell dan boboy masih mahukan adik sebagai adik beradik mereka.

hai lah hati, meruntun sangat kalini.

semalam, aku tak nampak mata biru adik. bertukar jadi hijau. masa tu aku fikir, mungkin adik akan tinggalkan aku. telinga adik sejuk. air mata jadi saksi bahawa aku menderita nk hadapi kemungkinan ni.

tapi, aku ambil masa sekejap tinggalkan adik. bergegas ke vet ambil vaccine untuk boboy. takut apa pulak bakal terjadi kalau aku lambat. alhamdulillah, by tolong aku. dia juga faham aku tak boleh habiskan banyak masa dengan dia sebab aku takde mood, dan aku tak boleh tinggalkan adik lama lama. kalau masanya sudah tiba, harapnya bila aku ada bersamanya. biar mata ini jadi saksi saat nyawanya diambil.

perjalanan ke vet, bila fikiran teringat pada adik, air mata pun tak segan silu tumpah. pandang kiri, buat buat pandang keluar. orang belah kanan buat tak tahu je.
sampai vet, ada pulak anak kucing kena langgar sampai patah kaki. kesian, baru sebulan dan eksiden akibat kecuaian tuan sendiri. malangnya vet kerajaan tak mempunyai facilities yg cukup untuk mengubatinya. aku gesa puan tu pergi ke swasta. saat tu jugak, air mata turun. by mungkin pelik tengok aku asyiklah nk menangis. apa boleh buat, hati sedang rawan.

malamnya, adik nampak bertenanga sikit. mata sudah kembali biru. ataukah itu hanya perasaan aku sebab aku terlalu inginkan adik sembuh??? entahlah.

by tak henti henti bagi kata dorongan untuk aku. terima kasih by.
by kata, dia pun sedih sebab selama dia datang rumah, adik je yg selalu welcome dia. by pun layan adik main. tapi aku ingatkan by, ''dulu masa kita bergaduh, adik juga yg cakar tangan u kan sebab buat i menangis!''
by sms ''i pun sayangkan adik tu, cuma u je yg tak tau''
kalau macam tu, alhamdulillah.

aku masih mahu berusaha mengubati adik. biarpun habis badan calar balar. urm, budak tu sakit tapi tenaga melawan masih kuat. aku cekalkan hati je melawan balik.
malam tadi, takde lagi acara cakar mencakar. sebab aku bedungkan dia macam baby. sampai kan mak cakap ''sanggup kau korbankan towel ko eh''
hehehe mak. mak pun tau betapa anak mak ni sayangkan kucing. sedangkan kucing terbiar pun aku kasihkan, ini kan pulak yg di rumah. faham faham je lah.

biarlah badan ni penuh cakar, biarlah hantaran turun seribu. tak kisah. asalkan adik sembuh. tu je aku pohon.

terima kasih pada kawan kawan blogger yg bagi sokongan. terutama pada tedi. langsung tak sombong nk melayan sms aku yg itu ini. tedi, biarpun kita tak mengenali secara nyata, tapi aku bersyukur ada kawan macam kamu. terima kasih banyak banyak!

eena, asmida, kak hana, terima kasih juga atas semangat dan doa kalian. aku tau, korang sayangkan adik kan walaupun tak pernah bertentangan dengan mata warna biru tu.
kak hana, tanggungjawab yg akak beri pada kita waktu serahkan adik, insyaAllah, akan kita laksanakan sedaya mungkin.

eena, aku dah try bagi air kelapa. but sorry to say, lepas je bagi air kelapa tu, adik muntah darah. so aku stop ikut nasihat kau. kau pun tau, aku tak sanggup nk tengok adik muntah. ini kan pulak muntah darah! but, thaks a lot eena. concern kau, aku ingat sampai mati.



terima kasih semua.


love and hug - etty kamal bahrin

3 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

ETTY
kita berdoa sama-sama.
kami sentiasa ada walo aperpon terjadi.
kami rasa apa yang kamu rasa.
walopn kita tak pernah bersua muka.

e.t.t.y said...

thanks lin for your concern. kita hargai doa lin. semoga Allah membalasnya.

♥ ROS ♥ said...

semoga akk sabar yer..sedih bila baca :( tambah pula kak yang merasai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails