:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, June 10, 2010

jaja & saufee - meja beradap

hello hello


satu hari tu, aku ikut waksal pergi cowboy. tolong tolak trolley of kos. lepas tu dalam kereta wak cakap ''wak dah serah tugas, nanti wak nak etty jaga bahagian meja beradap''
woowwwww, dalam hati suka sangat. aku suka bab bab hias ni. hias carca marba.
wak suruh aku hias, lepas tu layan tetamu dari orang sebelah.

tips: ikut wak aku. hire sorang sedara untuk tugas ni. kadang kadang ada tuan rumah yg terlepas pandang bab layan ni. tuan rumah [mak pak pengantin] of kos lah tak boleh nk melayan. dorang mesti sibuk depan pintu masuk sambut tetamu kan.

aku pernah menghadapi situasi kelam kabut orang nk melayan meja beradap ni. takde orang yg serve.

jadi, sejak hari tu, ku berjanji pada diri, akan menyerahkan sepenuh dedikasi terhadap tanggungjawab ini. haipppppp!!!


nasib baik, pengantin dah beli bekas lilin yg cantik. so aku gunakan je. sebelum tu, aku dengan waksal dah bincang nk buat macam mana. kt rumah waksal dah ada benda benda yg aku nak. so tak payah beli. hanya beli fresh flower warna biru. jangan tanya aku bunga apa. aku buta bunga. sebab bf aku 10 tahun sekali bagi bunga. huh, langsung tak romantika de amor betul.


bekas telur ni, ada lah dalam beberapa bekas diletakkan sekali. so kalau rasa, nak ambil, tetamu boleh ambil. tapi dalam goodie bag untuk orang sebelah, memang ada pun bekas ni. extra je ni letak kt luar.


bekas lilin ni di beli di romantika, sebelah mydin mitc. berapa RM entah. aku nyalakan lilin tercepat sangat. so, masa pengantin makan hampir cair semuanya. so nanti kalau korang nk buat, agak agak lah ye bila nk nyalakan lilin tu.


yezzza yezzza ni sebenarnya benda yg aku nk buat sangat. kt rumah waksal memang banyak glass tinggi ni. aku tambah ribbon tu kasi naik seri. plan sebenar nk letak bunga biru tu je. tp rupanya cheyah beli banyak bunga. so jangan membazir, sahabat syaitoooon.

tapi sebenarnya, tengah deco deco ni, ada orang kacau aku. haish, nk marah takut derhaka. hahahahahahaha. apa yg aku buat, ada je yg dia alter. last last, bila dia ralit buat kerja lain, aku alter balik kerja dia.


tak lain tak bukan......

wak aku sendiri. bakal wali aku. kan aku cakap, tak baik derhaka, kang tak boleh kahwin, dia merajuk taknak walikan aku nanti. naya jaaaaaa.


tengah tengah tu aku letak lilin. tp tak nyalakan pun. sekadar hiasan. lagipun kalau crowded sangat, nampak serabut kan. nanti nk letak makanan lagi.
yang ni untuk centre depan pengantin.


pasal bunga lah yg aku bergaduh dengan wak aku tu. aku cakap ''wak, etty tak mau letak bunga banyak sangat, pastu tak mau ada daun daun. semak kot''
wak ''eh biarlah. barulah nampak seri ada daun''

see see korang. sabar tau sabar!!!!!

cheyah dah gelak gelak kan aku dah. ''wak, ikut je kata wedding planner tu. kita dah bayar dia''

wak ''huh, sapa wedding planner tu, sapa?? diri sendiri tak wedding wedding lagi''

cheyah dah guling guling gelak. oh tipu, mak buyung tak boleh over gelak.

sentap tak bila wak cakap camtu. aish. perli baik nampak ayat tak wedding wedding lagi. redha je lah wey.

so bila wak dah busy buat kerja lain, aku potong daun. yang tinggal daun bunga rose je. sebab okay fine, nampak berseri.


tengok sibuk tak sibuk nya lah aku kehulu hilir siapkan, wrapping lauk. rasa basah je ketiak berlari lari anak.


okay, dah siap dah time ni. tunggu orang datang makan je.

bunga kt sudu garfu tu, balance bunga yg besar. nk buang sayang, gunakan je. idea cheyah. infact dia rasa seronok bunga habis digunakan. sebab dia yg beli bunga. haha.


makanan pengantin adalah super banyak. sampai aku tak tahu nk letak belah mana. sebab banyak sangat.


must admit it, memang bunga tu naikkan seri.

sesimple yg mungkin idea aku ni. takde gubahan bunga bunga besar sebab aku tau, mesti banyak lauk pengantin.

oh ye, lauk pengantin, mak aku, wak timah yg masak. yg lain lain pun ada menolong, tp aku tak kenal. rasanya adik aku wanie pun ada kot buat sebab dia orang dapur. cecey.

pada yg budget tak nak labur duit pada meja beradap, DIY je lah. tak susah mana pun. tangan tak kreatif pun takpe, at last mesti menjadi jugak. cayolah cakap den! centre piece tu akan menaikkan seri meja pengantin tu tau. prop pun bukannya susah nk dapat. clear glass dan fresh flower, superb great combination.


bila pengantin dah nk makan, aku hired nurul dan nadiah tolong aku unwrap balik lauk lauk tu. tugas lain adalah cedokkan nasi, tuang air. cedok lauk adalah tugas si pemakan itu sendiri dan untuk pengantin, adalah tugas pengapit. tapi yg aku tolong cedok dan tuang tu, adalah cedokan dan tuangan pertama. nk tambah, sendiri buat.

kalau bekas nasi, jug air dah hampir kosong, ya itu tugas aku berlari lari anak isikan kasi penuh balik.

satu lagi hal penting. bab potong kek. sebaiknya, potong kek masa keluarga pengantin lelaki masih ada. biar sama sama merasa.

tips: sediakan meja kecil kalau meja tak muat. lagipun macam kelam kabut nk kemas meja kan. pesan pada sapa sapa, standby kek tu. jangan lupa sediakan piring kecil, sudu garfu semua.


okay rasanya tu je cerita pasal tugas tugas khas aku. service kini dibuka. kakakakakakakakakakakakakakakakkakakakakakakakakakakkakaa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails