:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, June 20, 2010

surat untuk adik.

hello hello

adik,
adik tak kesian ke dekat mell dengan ah boy? kang kalau adik takde, takkan dorang nk main berdua je? macam tak lengkap je kalau dorang berlari berdua tanpa adik.
adik pun tau, ah boy manja dengan adik. kalau dia kena buli dengan mell, selalu dia cari adik mintak tolong. adik tak kesian ke dekat ah boy. kalau adik takde, ah boy nk mintak tolong dengan siapa?

adik,
adik tak ingat ke dulu sebelum ada ah boy, adik rapat dengan mell. in fact sekarang pun adik rapat dengan mell. cuma mummy tak bagi adik terlalu 'rapat'.
yaya kata, masa kt rumah dia hari tu, adik berdua je dengan mell.
adik tak kesian ke dekat mell? dulu masa mell masuk ward, adik setia je tunggu mell kan. adik macam takde tenaga je. tp bila mell balik, mummy pun adik lupa. adik suka sangat bila mell balik rumah.

adik,
adik tak kesian ke kt mummy? adik pn tau kan, apa impact pada mummy kalau adik tinggalkan mummy. sedangkan korang semua pergi sekejap rumah yaya pun mummy sedih, ini kan pulak lepas ni kita tak berjumpa, tak bertentang empat mata lagi.
adik tak kesian ke?
adik pn tau mummy kuat menangis. kalau bergaduh dengan bapak tiri, mesti mummy nangis. so, yg tak berjumpa hari hari pun mummy boleh nangis, ni apatah lagi yg mummy jumpa hari hari, belai hari hari, dukung setiap masa, belai bila diminta. adik pun tau kan apa akan jadi kt mummy nanti kalau adik betul betul nk tinggalkan mummy.
siapa lagi nk pujuk mummy kalau mummy bergaduh dengan bapak tiri?
siapa lagi yang nk pujuk mummy dengan cium telinga mummy?

adik,
adik tak kesian ke kt nenek? dia tu, walaupun garang dia tetap sayang kt adik, kt mell ah boy. adik sombong macam mana pun, nenek tetap nk belai adik, dukung adik.
mummy tau, kalau adik pergi, nenek pun akan sedih sama macam mummy.

adik,
adik tak kesian ke kt wanie? dia sayang adik. selalu kalau mummy bangun lambat, dia yg tolong mummy bagi kau orang makan. dia yg selalu bersihkan litter box korang.
dia yg selalu sakat adik. sebab adik kadang kadang sombong sombong pemalu.

adik,
adik tak kesian ke kt nadiah? orang yg selalu lebihkan wetfood kalau dia tolong mummy sediakan makanan. dia sayang adik, mell dan ah boy. kalau mummy sibuk, dia yg selalu main dengan korang.

tapi adik.
kalau adik rasa bersedia nk tinggalkan kitaorang semua, apa daya mummy nk halang. mummy takde hak nk melawan takdir.
mummy minta maaf kalau selama mummy jaga adik, dari adik sebesar tapak tangan mummy sampai adik dah besar ni, dari adik jalan kengkang sampai adik dah boleh berlari pantas, mummy banyak buat silap dan salah pada adik. mummy tau, mummy selalu pukul adik, cubit adik, jentik telinga adik marah adik. tapi mummy buat semua tu, sebab mummy sayangkan adik.
mummy mintak maaf sebab lepas mummy berhenti kerja, mummy tak mampu beri makanan yg terbaik, tak mampu nk buatkan susu tiap tiap pagi. kalau mummy mampu, semua tu takkan berlaku.
mummy tau, mummy bukan yg terbaik. tu sebab adik nk tinggalkan mummy.

mummy halalkan segalanya.

tp kalau adik rasa, adik nk berehat, its okay. mummy terima. mungkin adik penat asyik bermain je. so adik nk rehat ek. tapi janganlah rehat lama sangat. mummy risau.

akan mummy karangkan lagi surat untuk adik. mummy sayang adik. mummy doa doa, adik kuat dan tabah nk melawan penyakit ni. dan adik sedia nk kembali pada keluarga kita ni dengan sihat dan ceria.
sihat lah adik. ah boy dengan mell dah rindu sangat pada adik. please.............................


psss: tolong yaAllah. kembalikan kesihatan yg baik pada adik.


mummy.

3 comments:

sI tEDI said...

macam mana adik skanag?

Misz Pinkie Winkie said...

aduhai...adik macam mana?

HidupItuManis said...

doakan adik sehat kembali mcm biasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails