:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, June 8, 2010

alasanku.

hello hello


maaflah pada sesiapa yg tertunggu tunggu entry baru. eh ada ke yg tunggu?? hehe.

bukan apa, minggu lepas hectic gila. busy macam nk mampus. nk sedut oksigen pun rasa tak mampu. alih alih terpaksa simpan sikit oksigen dalam paru paru. so di bahagi kepada dua lah pengudaraan tu. eh, korang faham ke?? orang yg bercita cita nk jadi doktor sakit jiwa je faham ayat aku ni. ahahahhahaa.

bila eh last aku update blog? hari selasa minggu lepas kan?

hari rabu, aku temankan jaja di buat rawatan untuk bakal bakal pengantin. sekali dapat tempias sekali. aku pun tiba tiba terjadi bakal pengantin yg sibuk buat scrub badan, urut badan, buat facial dengan product mary kay. siap orang tu kata dalaman muka aku dah teruk sebab pernah pakai tia amelia. asmida, stop pakai tia amelia. kalau tak muka kau akan rosak dalaman dan akan dapat nanah warna hijau instead of nanah kan warna kuning. terus aku terkesima wok!

highly recommended pada spa tu. sebab cara dia buat facial tu lemah lembut sangat. suka. pernah aku tengok sepupu aku sampai menangis nangis buat facial. sebab orang tu betul betul tekan sekuat hati bila nk keluarkan segala bapak head white atau black sekalipun janganlah over nau kak! pastu cara dia menghalakan wap panas tu paling best. sepupu aku, 15 minit hadap wap panas tu sampai muka dia jadi udang kena bakar. gila. lokasi sepupu yg menjadi mangsa tu, kt de wajah, bandar baru teluk intan. haha. siap bagitau. eh yelah. kau gila nk pergi facial tempat tempat yg menyakitkan muka kita.

balik dari spa tu, bawak laptop sebab nk print thank you tag. tak dapat nk update sebab bodoh gila masukkan cd installer printer tunggu berjam, sampai hang laptop aku, siap uninstall bagai, rupanya cucuk cable terus boleh pakai. huh, sila percaya bahawa pakai vista ni kadang kadang benda yg senang boleh jadi susah gila.

balik rumah sebab malam tu macam kena bertungkus lumus nk siapkan kek 100 biji. jaja order kek lapis cheese tu untuk diletak dalam goodie bag malam nikah. hajat di hati nk siapkan setengah pada malam tu, tp terbantut sebab mak lupa nk order gas. so takut esok pagi, mak tak dapat nk siapkan bihun, kotiau untuk dibawa ke gerai. so dapat buat 2 bijik je which is 1 loyang dapat potong 9 ketul. so malam tu dapat 18 ketul je.

eh, jaja order 100 ketul tau. bukan 100 loyang.

makanya, hari khamis, rumah aku jadi macam rumah oven. panas gila sebab seharian tak tutup gas. rupanya, sangkaan ku meleset sebab siap je kek, gas tak tukar tukar. masih pakai gas yg lama. huh, tak pandai nk mengagak lah aku ni.
rumah panas, macam ada pertembungan 2 udara kt rumah. hall panas gila, sempadan hall dengan walkway nk ke bilik tu, sejuk. patutlah kucing kucing aku takde berkeliaran kt hall hari tu. dorang takut panas.

siap kek jam 12 malam, jahit manik pulak. adoyai.

pastu hari jumaat dah berkampung kt tengkera. sampailah hari ahad. tak dan nk on laptop. sibuk uruskan hari bersejarah sepupu tersayang. secara tak langsung, aku betul betul terlibat dengan hari jaja ni. penat jangan cakap.

okay tu je alasan yg boleh diterima pakai. ni jaja nk pinjam laptop. entah bila aku dapat update dengan gambar hari kenduri.

tunggu lah ye.







bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails