:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, June 30, 2010

at last, adik back to us.....

hello hello


saja je nk buat kenangan masa akan datang. betapa seksanya adik menahan sakit, dan betapa merananya aku menghadapi dugaan ni. siap ada lagu tema. lagunya di sini...INI.
walaupn takde kaitan, tp anggaplah lagu tema berdasarkan tajuk lagu tu eh. hehe.

in fact, aku sebak betul pandang gambar gambar masa adik sakit ni. betapa syukurnya adik kembali pada kami sekeluarga. seronok tak terhingga bila dia dah sihat.
dan Allah je tau, betapa aku menangisi takdir ni. setiap masa aku menangis, kenangkan kalaulah adik tak panjang umur. sedihnya lah hai.

aku upload gambar gambar dari mula adik sakit, sampai harini. demi korang, aku ambil masa kecilkan size gambar. kasi senang nk upload.


masa ni dah sakit. tp masa ni muntah belum kuning lagi, belum kritikal. masa ni, dah start tak mau makan, tak mau minum. asyik nk tidur je. ngong betul aku tak dapat detect dia sakit masa ni. kalau aku cepat, mesti adik sakit tak lama. sian adik.

kalau apa apa jadi kt adik, aku lah orang paling terkilan sebab tak alert dengan kesihatan dia. insyaAllah, lepas ni semua tu dah berubah. aku akan alert masing masing.


dua gambar kt atas, balik dari vet. masa ni dia dah lemah sangat sangat. start muntah kuning tu yg terus aku bawak pergi vet. sedihnya lahhhhh haiiii. adik jangan sakit sakit lagi ye.


lepas tu di masukkan dalam cage. takut apa apa jadi, biar depan mata aku. memang betul pun, muntah darah malam tu. hai lah risau dia macam mana kan. adik baring baring je. bila masuk bilik, aku tengok perut dia. bila perut gerak gerak, rasa selamat sebab fikir adik ada lagi.

mell memang macam kesian sangat masa ni. asyik duduk sebelah cage je. tu dia tengah jilat telinga adik. tp takut terjangkit virus, aku halau lah dia. tak bagi dekat dekat.

* alhamdulillah, setakat ni tak merebak virus ni. semoga dorang bertiga bebas dari virus ni dan sihat sihat je.


tengok, buka pintu pun takde perasaan. tp kejap je, malam tu dah terkinja kinja nk keluar cage. tenaga kuda dia ni, habis bengkok dinding cage tu. dapat keluar sendiri. at last, aku dah tak masukkan dalam dah. kesian sebab dia gunakan semua tenaga dia nk keluar.

* aku ikat tingkap dengan pintu cage tu, tu yg dia keluar ikut celah celah dinding. sebab adik memang dari kecil pandai bukak sendiri pintu cage.

aku sengaja letak mainan kesayangan dia dalam tu. mana tau kot kot bagi semangat. last last sampai kesudah benda tu tak berusik. tp sekarang dah usik lah. tu pun lepas aku basuh pakai clorox dan dettol.


budak berdua ni lah rajin temankan adik. ajak main main. tp kalau dah namanya sakit, boo layan lah kan.


tu siap tertidur tidur sebelah cage adik. sayang betul dia dengan adik dia ni. eh abang kan???


ni hari isnin. tiba tiba nk menyorok belakang almari. kau alihlah macam mana pun, tetap ke situ dia. masa ni, aku dah fikir dia nk tinggalkan aku dah. sebab memang tak bermaya.
hari ni jugak aku hantar boboy pergi vaccine. sebelum by sampai, aku peluk aku cium adik. aku pesan kalau nk pergi tunggu mummy balik ye.
dalam kereta tak tenang betul. asyik teringat kt adik je. bila adik aku [wanie] sms, hati dah berdebar kot kot berita sedih kan. rupanya suruh beli tiket. hahahahahah.

lagi lagi sebelum aku keluar tu, pandangan mata dia ya Allah, sayunya hati. macam pandangan terakhir tau.

haish, janganlah adik, mell & boboy sakit lepas ni. tak sanggup aku nk hadapi lagi.


bila tengok dia macam ni, naik lah semangat aku. tp kejap lepas tu, tenat balik. tp kalau nampak bertiga, hati sedih. terfikir, kang kalau berdua, mesti tak best.

* korang tengok si ah boy duduk macam mana. kalau nk tau, dia memang suka duduk macam tu. landing tepi dinding baik punya, pastu posisi ala ala duduk. tayang perut debab.


tapi adik sebenarnya nk keluar rumah. kalau keluar je, serbu rumah hujung. bawah para bunga. pernah sekali dia ada tenaga berjalan sampai ke tingkat bawah. aku dapat jejak dia sebab ada tapak kaki kesan air. minggu lepas kan melaka hujan je. dia mana heran lalu tempat berair ke apa. main jalan je.


masa ni, mata dah terperosok ke dalam, muka cengkung, telinga sejuk gila + pucat, mulut pun pucat gila.


start hari apa ntah, aku bawak dia turun bawah. tp tempat yg dia tuju, longkang. pandang air longkang. aku rasa dia haus, tp tak de tenaga nk minum ataupun mulut dia sakit.

ya Allah, kurusnya adik masa ni.


tengok dia memang suka lepak kt tempat air. badan dalam air pn mana dia kisah. kalau time sihat, kena air pun dah menggelupur kan.


tapi..............satu pagi, bangun bangun pagi, adik ada kt sebelah aku. sukanya masa tu. mak cerita, malam tu dia tidur dengan mak. oooh petanda yg baik ni. walaupun lemah lagi masa ni, tp ada perubahan. cuma still makan bersuap dan minum pun kena bagi jugak guna syringe.


cengkung betul muka ni. tp aku gembira dia dah tunjuk perubahan positif walaupun cuma 1%.


sejak hari tu, dia dah mula tidur baring. kalau tak, style yg sakit tu lah. mencangkung eh? eh, ntahlah style apa. cuma bukan baring. yg macam dlm gambar kt sebelum ni tu lah. ntah tidur ke tak sebenarnya.


hari jumaat, dia muntah buat kali terakhir dengan keluarkan bau busuk gila dan sedikit ketulan darah. masa tu dia dah okay. risau jugak, tp fikir positif je lah. then, dah tak muntah lagi. alhamdulillah.


ni hari sabtu. dia dah mula makan sendiri. tp permulaan, bagi wetfood je. sebab agaknya mulut sakit, tak boleh nk kunyah keras keras. aku nk mms gambar ni kt by, nk bagitau adik dah okay sikit, tapi tiba tiba eena sms aku, tanya adik camne. terus aku mms kt dia gambar ni. so eena adalah yg terawal tau adik dah okay. seronok kau ye eena. adik tunggu ko ng asmida datang melawat dia.


ni pun satu petanda yg positif. adik kn selalu minum dari air akuarium dengan boboy. so lepas dia makan dengan ah boy tu, terus dia panjat kabinet, minum dari situ. sejak dia sakit, itu lah kali pertama dia boleh panjat kabinet. yeay adik!!!!!!!!!!!!!!


dan ini adik semalam 29 hb. dah boleh panjat sofa. dah pandai nk asah kuku kt tempat biasa.


dah nak main cicak dan pandai berebut dengan ah boy. oh ye, tu cicak fake lah. beli kt kedai, jadi mainan budak budak. yg pertama dulu, warna putih. lagi nampak real. tp kepala dah putus dari badan bahana kucing si yaya. lapar gila kot kucing yaya tu. haha. kucing aku main takde sampai putus kepala.

yg cicak ni, warna merah. kalau terlalai, tengok cicak ni memang terkejut gak lah. satu lagi, warna kuning. tu nampak fake sebab ekor beralun alun.


adik dah pandai grooming diri sendiri ye kawan kawan. lega sangat lah tu.


port tidur siang, bawah meja atas bantal. sejak baik ni, tempat yg best je dia nk tidur. kitaorg pun layankan je. hehe


pastu, tadi aku mandikan ah boy sebab dia main dalam litter box dia. sibuklah si adik nk jilat sama. comel je tengok dia berusaha nk jilat kan adik dia tu. tp ah boy marah. dia jeles kenapa dia sorang je kena mandi, yg lain tak. hahahaha. padan muka, sapa suruh main pasir. wek wek.


ah boy dah beralih tempat pun, dia kejar jugak nk tolong. mak kata mandikan sekali adik sebab dah masam sangat, tp takut lagi kalau dia belum baik 100%. minggu depan insyaAllah, aku mandikan adik.


ni gambar baru je tadi. dia tidur atas carpet yg penuh dengan bulu dorang. aku nk bentang pun malas. lantaklah situ jadi alas tidur dorang je. rumah takde vacum, satu hal aku nk sapun bulu bulu tu kan.


so, itulah dia cerita bergambar [macam kamus bergambar pulak], adik start dia sakit, sampailah dah sihat ni. aku masih belum yakin adik sembuh 100%. kalau dah nampak dia jadi otai antara yg bertiga tu balik, dah boleh bikin rumah ni berantakan, baru lah aku yakin 200% adik dah sihat. ni mell & ah boy pulak yg buli dia. takpe, aku tunggu jeritan budak 2 ekor tu pulak dikerjakan adik yg baru. hahahahaha.

okay, terima kasih atas sokongan dan doa korang......kalau korang nk datang rumah, jenguk adik, jenguklah. kang aku belanja korang makan kek ng nasi lemak ek. hehe.

ingat lepas ni, kalau adik dah betul betul sihat, baru hantar ke vet untuk vaccine. since masih lemah ni, tak maulah aku ambil risiko kan. takut badan dia tak kuat nk lawan. lepas vaccine kan badan jadi lemah. tapi ah boy hari tu, tak demam pun korang. kuat betul anak yg satu tu.

lepas ni nk bagi adik makan banyak banyak biar gemuk. ni aku tengok, si ah boy tu pulak lagi besar dari dia. eh dia kn debab. hahahaha.

love ~ etty.


5 comments:

sI tEDI said...

Aduhai!

aku tgk gambau je mata dah berkaca. lom baca entry lagi ni.

Syukur ada byk perubahan.

jap, aku nak baca entry lak. x sabau2 nak tgk gambau td. :))

sI tEDI said...

ayukur adik dah beransur sihat.

harapakan kembali gemuk. mmg nampak ketara dia kurus masa sakit.

e.t.t.y said...

dia dah sihat, tunggu mak cik tedi datang jenguk.

meowwmania said...

alhamdulillah ADIK dah sembuh :)

sy pon ada pengalaman kcg sakit ni, mmg susah hati dan risau giler..tp alhamdulillah juga akhirnya si comel kembali sihat dan lepas tu mmg lebih berhati-hati dgn tahap kesihatan dorang tak sanggup nak lalui pengalaman mcm tu skali lagi :(

smoga ADIK dan si comel yg lainnya sentiasa sihat aminn...

Juz Call Me Sharz said...

sedih je bile baca dgn lagu misha omar 2..
tp kat bwh2 tue baru tersenyum..pasal kucing yaya bg kepala cicak putus...baby suke main cicak nk cr satu jugak la.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails