hello hello
[auto publish entry]
sebelum puasa lagi mak aku dah beli langsir. sehari sebelum puasa. oh yea, hari tu aku el. sebab nk temankan mak pergi hospital. selesai hal hospital, konon konon esok nk puasa kan, haruslah jalan jalan cari makan dulu.
niat sebenarnya nk makan bakso depan hospital. cik tedi cakap kt situ tempat dia selalu makan. aku selalu makan kt melaka sentral je. so nk try lah tempat baru kan.
sekali tutup daaa. ada cerita lain jugak pasal cik tedi ni. konon konon aku nk sms lah dia, bagitau yg aku tengah makan. konon konon lah kan. sekali kedai tutup langsung aku lupa nk sms dia. masa dalam farmasi, dah tiba waktu melawat tau. aku cakap dengan mak ''kita nak melawat siapa ni eh, dah masa melawat dah ni''
sekali balik, on laptop, baca kt blog cik tedi, mak dia masuk hospital. rasa.....Allah kenapalah aku tak sms dia tadi. kalau tak dapatlah melawat even kitaorg je yg saling mengenal, mak mak kitaorg tak kenal. tp apa ada hal. kalau anak anak dah serasi, mak mak pun mesti sama kan....kan kan. aku rasa, mak mak ni lah senang nk berkenalan. mak aku tu, tengah tunggu bas pun boleh ajak org bersembang macam macam. chemistry org kata kan.
cik tedi, rasanya bila entry ni dah publish, mak awak dah discharge kot. jaga mak elok elok eh. =)
okay mari pergi nagoya. ish, mak aku belanja adik adik aku baju raya. jeles. kau bayangkan, gaji aku keluar 28 ogos ni. kita raya awal bulan kan?? jadinya bila baju raya aku nk siap??? kalau tempahan yg mak dapat tahun ni banyak, harus lah dia mengutamakan pelanggan dia kan. even aku anak dia, tak mungkin dia nk lebihkan aku. haaaaaa...kena beli ready made lah ni.
tema kitaorang tahun ni cotton. tp pelbagai warna dan corak. asal cotton.
eh, mak aku bukan yg berpurdah tu. jangan terkejut pulak ye. tu haaaa, cek mek molek pakai baju biru tu baru mak aku. hehe.
sibuk ke sana sini, cari ropol lah, inner lah. macam macam.
sekali pilih langsir, ala ala corak cotton jugak. aku cakap, sama je dengan tema baju raya. hehe. tp ada sikit sikit english style lah. mula mula nk suruh mak aku beli warna purple. sekali masa nk decide tu, ada lah sorang makcik ni, suruh org nagoya tu potong 7 meter. okay fine, pilihlah warna lain. macam kau kenal kan makcik tu, segan nk sama warna.
lepas tu macam insist jugak nk purple sebab cantik gila. pastu datang lagi sorang makcik ni. gaya macam cikgu cikgu je. dia suruh amah nagoya tu potong 30 meter kau!! aku ingat dia nk beli untuk sekolah. sekali dia cakap untuk rumah. baru rumah bawah, atas belum lagi. gila ah...besar gila rumah dia. yela, mak aku beli 6 meter je kot. heheh. jauh gila perbezaan. kt rumah sibuk mengumpat dengan mak, sibuk fikir dia duduk rumah apa. kepoci kan aku ni. tp mak cakap, standard lah rumah melaka. setiap pintu nk letak langsir. oooooo baru tu tau. mungkin rumah banglo, mungkin rumah kampung. kan banyak tingkap. rumah KONDO macam aku ni, 6 meter cukup lah. hehe
bila kat kaunter, ramai gila beli langsir macam kitaorang!!! pink lah, biru lah. mak aku je pilih coklat. tak mau terang terang katanya. alamatnya, bila pergi beraya rumah org, akan nampak langsir yg sama je lah eh. hahahahahahhaha.
bila try kt rumah, tak naik sangat coklat tu...tenggelam dengan natural lighting rumah ni. mak cakap, kalau beli purple tadi, naik lah kot warna tu. haaaa tu lahhhh, td tak mau....jangan menyesal eh...hehe.
tunggu jelah raya nanti camne hasilnya. malas nk tangkap gambar langsir tu, tunggu raya. tu pun kalau aku ingat. hehe.
aku cakap: time kita jadi mak mak kang camnelah agaknya eh?????
3 comments:
haa...smlm pon baru g beli langsir ngan mak.
G carik kedai suma dah tanak terima tempahan seb baik kedai last tu nak terima lg
"haa tulah wat lg last minute, klau x tak bertukar la langsir taun ni" aku ckp kat mak
eh cam tulis kat belog sndirik jek hahahah...
wah seronoknya.
lin pon pergi nagoya masa balik kg.
pilih-pilih sampai duduk kat simen.
penat giler..urat saraf pon dah bengkak.
tema kita samalah jenis cotton.
hehhe
meowwmania - eh boleh je. blog ku blog mu jua. hahaha.
lin - lin, cotton tengah in skrg. cotton di mana mana...
Post a Comment