hello hello
rasa murah gila airmata harini. pandang muka adik yg tengah sakit tu, aku dah menangis. bila bercakap dengan dia, ntah faham ntah tak bila aku bercakap tersedu sedu.
maaflah mell dan boboy, harini kurang sikit perhatian diberikan pada korang berdua. mummy lebih tertumpu pada adik. sebab mummy mahukan kamu bertiga bersama, bukan berdua!
lepas solat, aku berdoa supaya kembalikan adik aku yg dulu. yg nakal, nk cergas melompat paling tinggi. yg dia punya ketangkasan sampai boleh melompat paling tinggi antara yg lain. sebab badan dia fit. aku berdoa juga semoga jangan diambil nyawanya sekarang. aku belum puas membelanya. masih banyak ingin ku berikan padanya. banyak kesilapan yg aku nk tebus.
ubat dah pun diberikan dua kali. walaupun aku tau, perit tekak dia menerima, tapi aku paksakan diri. suara dia dah berubah jadi garau, tanda protes ke apa aku tak tau.
aku dah tak kuasa nk malu malu menangis depan mak atau adik adik. aku memang sayangkan adik dan aku mahu adik yg dulu. aku tak mau kehilangan adik sekarang!
aku tak kuat macam orang lain yg mahukan nyawanya diambil dari tengok dia terseksa. aku tak kuat beb. aku masih mahu berusaha agar dia kembali normal macam hari hari sebelum ni.
adik di vet pagi tadi.
tengahari tadi. lepas makan ubat kali yg pertama. tengok perut dia. dah melendut. tanda perutnya kosong. badan berlengas sebab dia tumpahkan ubat. takut nk basahkan badan dia. so lap mana yg terdaya je.
aku betul betul rindukan masa masa emas bersama adik. adik yg manja manja burung merpati, adik yg pandai memujuk, adik yg nakal-bila dimarah, tau nk mintak maaf, adik yg lincah. adik yg busuk. adik kedek kedek.......adik.......................................
adik yg manja nk tidur dekat aku. tp manja sekejap je.
adik, mell dengan boboy dah bosan main berdua. dorang nk main bertiga lari lari kejar ekor adik yg panjang tu. please lah adik. bangun lah. sihat lah balik.
adik, mell dah bosan cari cicak sorang sorang. sejak adik sakit, banyak betul cicak kt bilik aku ni.
mungkin kah aku banyak masa untuk diluangkan bersama adik???
mungkin kah aku terpaksa menerima yg adik akan tinggalkan kami semua???
sebolehnya nk habiskan masa duduk depan adik. adik dah dimasukkan dalam sangkar. sangkar tu aku letak belakang meja laptop aku je. senang nk memantau.
dah jika masanya sudah tiba, sekurang kurangnya, mata aku yang pertama menyaksikan dia keluar dari gerai buah chow kit berbulan bulan yg lepas, dan mata ini juga yg menyaksikan dia pergi tinggalkan aku. biarlah tangan yg mengutipnya dulu menjadi tangan yg terakhir mengusap kepalanya. biarlah dia melihat muka aku buat kali terakhir sebagaimana dia melihat muka aku kali pertama dulu. biarlah aku, bukan orang lain!
tak dapat nk bayangkan hidup aku kosong satu tempat dari 3 tempat nanti.
ya Allah, panjangkan usia adik ya Allah. beri aku satu lagi peluang untuk aku berikan kesempurnaan pada adik, mell dan boboy. kurangkan kesakitan yg dia alami ya Allah.
2 comments:
Semoga Allah dengarkan permintaan kita
iyalah tedi. sama sama kita berdoa.
Post a Comment