:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, June 20, 2010

adik.....sakit tambah teruk. please pray for him.

hello hello


aku baru balik dari vet. adik semakin tak sihat. boleh aku katakan, hampir nazak.

terima kasih pakcu dan tedi. [maaf tak sempat nk bubuh link] dah letak dah.

cuba fikirkan positif atas nasihat tedi pergi ke vet valley tu. bukan apa, terdengar dengar kt sana tak berapa bagus. haih, itulah, dengar cakap orang, terus rasa was was. okay, aku try fikir positif.

orang takde kereta macam kucing nk beranak kelam kabut nya. hampir putus asa mintak pertolongan hantarkan ke klinik. telefon pakcik teksi yg volunter bagi number telefon dia kt aku hari tu, aku pulak yg kena marah sebab call tak henti henti. habis call tak angkat angkat, aku call lah banyak kali. bila sms tak mau reply.
sedangkan hari tu, pakcik sendiri yg suruh saya call kalau nk suruh ambil kt rumah. hai lah pakcik ni. sabar je aku.

google number telefon teksi, asyiklah ditamatkan perkhidmatan. tension gila gaban.

ni lah, last kopek aku try. number telefon melaka sentral. number yg lain sebab number yg aku jumpa semua ditamatkan perkhidmatan. tu pun lepas aku menangis sungguh sungguh mintak tolong. mintak tolong dengan Allah semoga adik selamat. at last dapat.

bla bla bla.

sampai je vet, MA tu kata, adik kena virus. terus aku ingat kt blog papa meow tentang kucing kucing dia yg kena virus dan berpotensi mungkin 50-50 atau 60 hidup 40 mati, atau pun 90 mati - 10 hidup. dah puas nangis dah dalam teksi so aku relax je dalam bilik rawatan tu.

drip, cucuk kt montot, ambil ubat, beli makanan a/d dan glukose. balik. pakcik teksi sedia menunggu. lagipun proses semuanya cepat. aku sampai 1145 pagi, 1200 pm aku dah selesai.

sampai rumah, aku dah blur nk bagi apa dulu. ubat mana satu patut aku dahulukan. aish, tension tak habis, so kena fikir pelan pelan.

sekarang, aku hanya boleh berdoa agar adik selamat macam selalu. boboy dengan mell dah rindu sangat nk main dengan dia. begitu jugak aku. rindu nk tengok kaletah dia yg nakal tapi pandai ambil hati bila aku marah atau merajuk dengan dia. serius, dia pandai pujuk!

adik, cepat sembuh ya. mummy harap sangat adik takkan tinggalkan mummy sekarang. tolonglah tabahkan hati, kuatkan semangat supaya adik boleh menentang serangan virus tu. maafkan mummy sebab tak vaccine adik dari dulu. kalau lah mummy mampu, sesempurna mungkin mummy bagi pada adik, mell dan boboy.
mummy rindu nk tengok adik kejar cicak, kejar lalat. rindu nk tengok adik gesel gesel kaki bila mummy jenguk facebook. please adik, semua orang tak mau kehilangan adik secepat ni. begitu jugak dengan mell dan boboy.

and korang, please lah. kucing kampung ke kucing apa ke, please lah hantar ke vet untuk vaccine. tak kisahlah kalau kucing tu indoor atau outdoor. jangan terlambat macam aku.

tolonglah doakan adik sembuh macam selalu.
aku tak sanggup nk kehilangan dia sekarang!

2 comments:

myQza said...

Maaf etty,\
aku kat umah org kawen td. kalau tak boleh offer hantar kau.

jgn lupa beri a/d campo ngan glukos tu. MA tu ada ajarkan??

brcakap2 dan usap2 badan adik.

aku doakan untuk adik!

meowwmania said...

mesti etty susah hati, sapa yg x risau kalau si comel sakit kan..serba x kena kita dibuatnya

etty sabar k, dah ikhtiar kita berdoa yg terbaik utk dia

sy doakan yg terbaik utk Adik :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails