hello hello
mari update secara menggila. haha. kot iyalah betul ayat aku tu. maunya lepas ni, lama tak update mampus aku. hehe.
okay, step by step ye. mana yg ada gambar je aku letak. sayang jugak sebab banyak gambar free hair, nk letak rambut pelesu, amatlah aku malas. jadinya, macam takde je gambar aku. tapi jangan risau jangan segan, aku ada di tempat kejadian menolong. cecey. menolong tangkap gambar!
hari rabu, lepas je kitaorang pergi spa bagai, sibuk pulak memprint segala thank you tag, map semua. lepas tu, potong potong thank you tag tu.
tips: untuk lagi ikhlas dan kepuasan diri, reka sendiri thank you tag cantik cantik, molek molek letak nama kita dan pasangan dan tarikh hari kita tu. rasanya banyak template kt internet ni.
tips: jangan lupa standby satu printer kt rumah. in case nk print apa apa, tak lah kelam kabut nk pergi cc kan. sekarang ada je printer murah dalam harga rm100 dan rasanya ada yg lagi murah dari tu. ala, basic print je pun, bukan nk print sungguh sungguh kan.
tips: jangan lupa map / tanda arah ke rumah pengantin tu. kena siapkan jugak. jangan harapkan orang lain sediakan untuk kita, kita yg jadi pengantin ni kena buat sendiri. sebelum tu, tentukan mana nk letak. belok kanan, belok kiri semua. kemudian, arahkan adik adik atau abang [orang lelaki lah senang cite] yg tampalkan / gantung pada jalan. sebaiknya digantung pada awal pagi hari berlangsung takut takut malam tu hujan pulak kan.
digantung pulak pada segenap penjuru, jalan masuk seperti yg terkandung dalam map dalam kad jemputan kamu.
font hendaklah jelas dan besar. jangan lah nk pakai font yg bersambung sambung. guna je arial atau verdana. kalau tak kedekut ink, bold kan atau fill penuh setiap font tu. biar orang tak confuse dengan tunjuk arah kita.
lepas maghrib, team mak andam datang. nk pasang pelamin.
balik je rumah, terus struggle buat kek. sehari suntuk hari khamis tengok benda ni. dah naik muak pulak aku tengok setiap saat. hahahahahahahaha.
nasib baik ada wanie yg tolong toppingkan kek ni.
hari jumaat pagi, setelah kek dah siap. terus ke tengkera. kucing semua akan diboarding secara percuma di rumah yaya. haha mana nk dapat boarding free wey??? sedih jugak. tak pernah tinggal lama lama kan.
* thank you yaya touching
aku dipaksa oleh wak wor untuk tolong buat sirih junjung ni. adoyai, aku sungguhlah tak pandai bab gubah gubah ni. sungguh tangan tak wanita.
* aku tak pasti apa fungsi sirih junjung ni. menjunjung adat eh? aku rasa macam membazir je kena letak fresh flower lah bagai. hehe.
tips: sediakan mana yg patut awal awal seperti kapur, gambir. banyak jual kt kedai india. yg nk letak fresh flower, beli juga span basah. pastu dah siap, letak dalam bilik air atau bilik yg berekon. supaya tak cepat layu.
dah siap!!! aku tolong wak wor lipat yg 3 segi tengah tengah tu. eh okay apa. kalau tangan tak berseni takde jadi tau centre tu. hahahhaahaha.
ni goodie bag untuk orang sebelah / family pengantin lelaki. dalam ni ada kek, surah yasin etc. aku lupa. hehe
marshemalow [tak reti eja], ni suppose untuk budak budak malam nikah. kiranya kalau ada jemputan yg bawak anak anak kecil lah. tp masing masing terlupa nk keluarkan. haha. alamatnya, ke perut kitaorang lah.
benda ni lah yg buat thaqif muntah atas uncle dia. haha. okay tu next entry cerita.
tips: kalau nk guna inai tumbuk, hire sorang untuk uruskan hal tumbuk menumbuk tu. inai tumbuk pun jarang nk merah unless tumbuk sampai hancur. tp kalau giling, confirm merah! tp apa apa pun, inai dengan method macam tu tahan lama dari inai beli kt kedai tu.
jaja ni ada sorang makcik tu tolong. tp makcik tu blend je. tak merah sangat, tp at least beberapa hari kemudian, warna tetap sama. tak luntur lagi. dan bau pun sedap je.
hukum hakam inai ukir ukir, google sendiri. tak kuasa aku nk repeat balik.
masing masing ada part eh. sorang potong tag, sorang masukkan itu, sorang masukkan ini, sorang jaga printer dalam bilik. sorang tukang jerit [aku lah tu].
ni malam nikah. tengah tunggu orang datang, masukkan telur dalam bunga pahar untuk letak atas pelamin esok hari.
tips: serahkan pada yg pakar bab merebus telur supaya telur tak banyak pecah. pada yg pakar bab ni, mesti dorang tau petua petua. 100 biji telur ni, less than 5 biji yg pecah tau.
tadaaaaa, pelamin dah siap. cantik kan. besar gila.
oh ya, jaja pakai andaman dari bandar hilir. apa eh nama kakak tu. agak okaylah sebab baju baru [of kos dengan extra cost]. baju cantik, make up pun cantik. yang penting dia akan tanya kehendak kita samada nk pantis kening atau tak. tu penting eh. semua dah tau hukum hakam pantis kening kan. tapi terpulanglah pada hak masing masing.
aku cuma nk bagitau, tak ramai mak andam yg concern pasal ni. ikut pengalaman aku, kebanyakan mak andam ni main pantis je. kesian pengantin yg tak rela tu. hehe.
nanti aku dapatkan number phone dan alamat mak andam tu.
actually, ni kali kedua kitaorang dapatkan khidmat mak andam tu. 1st dulu cheyah. bila dah ada kepuasan, mesti ada yg seterusnya kan.
okay, done with preparation entry. next will be nikah. cekidaut.
bubye pengantin~to~be - take care!
2 comments:
bestnyaaaaaaa..
cam tak sabar jerk nak kawin.
hihihihih
wow wow. cepat cepat!
Post a Comment