hello hello
aku tak berapa faham 1 situasi ni. situasi yang mana sesetengah blogger kata, dia peminat setia @ follower satu blog ni. memang minat habis lah kot. asal ada entry baru, mesti nk letak comment. pastu siap kt chatbox lagi. lagi lagi, kalau dia ''like'' fan facebook. kalau ada gambar, mesti nk comment. walaupun gambar hanya permandangan sayup sayup matahari terbenam atau gambar permandangan tasik titiwangsa, mesti nk tinggalkan juga.
cukuplah dengan ayat ''cantiknyeeee''
satu kes tu, memang lah blogger ni taip panjang panjang, kadang kadang takde gambar. dia cakap dia dapat baju baby. dari member dia. kiranya member dia ni bagi baju baby ni kt baby dia lah, bukan kt dia. terang terang dia buat ayat ''terima kasih si polan, atas pemberian baju tersebut kepada si polan''
lepas tu, wajiblah kan peminat ni tinggalkan komen ''eh awak, beli kt mana eh baju tu?''
adeh. kata peminat setia, takkan tak baca habis entry tu.
dah banyak kali dah terjumpa dengan situasi macam ni.
konon macam dah terang terang cakap ''itu bukan kucing aku, tu kucing kakak sedara aku''
tapi tetap orang comment ''eh comelnya kucing kau''
agaknya apalah rasa penulis tu kan.
''penat aku taip, tak faham rupanya bahasa aku. ke aku salah taip? sob sob sob'' sambil menangis.
kadang kadang, aku memang tak suka nk baca entry yg berjela jela tanpa gambar. tapi tu dulu. dan tengok jugaklah blog apa. kalau blog yg aku suka dan ada info, ada cerita best, aku baca satu satu ayat dia. kalau setakat nk cakap info info yg aku tak perlu sangat, sepintas lalu lah. takpun, sepintas lalu, tengok point point best. kalau terjumpa point best, aku baca dari mula!
tu baru namanya peminat penulis. baca satu satu. fahami ayat yg penulis cuba sampaikan walaupun kadang kadang ayat penulis tu carca marba atau lintang pukang.
ada faham? tak payah sekadar nk jadi follower, tapi nk kena hadap comment kau je balas benda yg dah sedia ada dalam entry tu.
2 comments:
ha ha ha ha ha
ada orang komen
banyaknya kucing kau. comellah yg atas tu.
aduhai
sah2 lah 2 ekor tu dah mati.
gambar yg berderet2 tu sekor je sebenarnya.
kadang2 malas nak baca terus komen.
tu lah pasal. perasan jugak soalan tu kt blog kamu. hai lah pembaca.
Post a Comment