:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, July 12, 2010

al~ fatihah - abah....etty sayang abah sangat sangat!

hello hello


hari ini, genap 14 tahun lelaki ini meninggalkan kami sekeluarga.

14 tahun lepas, tepat jam 1 petang hari jumaat, aku adik beradik dah jadi anak yatim.

sedih? siapa yg tak sedih bila tunggak keluarga pergi kan. tp masa tu, aku baru berusia 11 tahun. masih belum kenal erti kehidupan. tapi aku kenal erti kesedihan dan kesunyian selepas hilangnya tempat bergantung dan bermanja.

aku rapat dengan arwah abah. mungkin aku anak sulung. ramai kata, muka aku, muka abah! mungkin sebab kulit cerah abah aku warisi.

aku suka gambar ni. arwah dengan mak teh aku. dari aku kecik, aku memang suka tengok gambar ni. =)


abah meninggal sebab sakit buah pinggang. ikut dari cerita, abah memang ada penyakit tu dari sekolah rendah. kemudian, beransur sihat.

datang menyerang balik masa musim undi tahun 90an. lupa tahun apa. masa tu, ada seorang kawan abah suruh makan ubat cendawan tu. apa ntah nama ubat tu. tp yg ada unsur unsur cendawan yg hodoh tu lah. start dari tu, penyakit abah datang balik. semakin hari semakin kronik. dan Allah sayangkan abah, tak dibiarkan abah sakit terlalu lama.

abah pergi.......


abah dan mak, august 1984. aku lahir may 1985. mau aku tak manja dengan abah. =)


dulu, aku selalu harapkan bakal suami aku ada ciri ciri macam abah. aku rasa semua anak dara impikan macam tu.

walaupun aku hidup tak lama dengan abah, tapi sedikit sebanyak, sebagai anak aku kenal perilaku abah aku.

abah garang bertempat. dia tahu situasi nk tinggikan suara masa bila dan di mana.
abah tegas.
abah juga lembut hati.
abah baik.
abah selalu bawak kami pergi jalan jalan. paling best trip keluarga pergi teluk batik! upacara wajib!
abah sayang kitaorang, tp mungkin macam typical lelaki lain yg tak pandai tunjuk terang terang.
abah pemurah selalu belanja kfc. pergi KL je, bawak balik pizza hut!
abah tau apa yg aku nk, dia belikan aku set barbie yg mahal tu.
* set barbie yg pertama dah terakhir pernah aku dapat. complete set dengan ken, kereta, rumah, baju. haih...menyesal tak jaga elok elok.
abah tahu keinginan aku, birthday aku abah bawak balik kucing yg aku jaga sampai dia besar.
* ingat lagi, aku tidur kt royal room rest house teluk intan. abah kejut aku. pastu abah wish birthday. tiba tiba ada anak kucing warna kuning + putih atas riba. hadiah harijadi aku. semestinya aku suka.
abah pandai nk ambil hati anak anak buah dia. dan mungkin sebab tu, anak anak buah dia sayang dia. mungkin......

oh...ade...mase raye kakak kecik2 dlu...bibik ade buat baju kurung jalur2 merah...sume kutuk2 ckp xcantik...mcm langsirlah, alas mejalah...tapi paman kate "cantik...mcm pembalut hadiah..."pahtu dia gelak2.. kakak pon suke la sgt...xkesahlah mcm pembalut hadiah, asalkn ade perkataan cantik...hehe - cheyah dari facebook.

dan mungkin ada sepupu aku yg jadikan abah idola. mungkin.....

abah suka berniaga dan tak suka kerja bawah orang. mungkin ada sepupu aku yg terikut perangai abah yg ni. mungkin......

* bila lalu depan rest house teluk intan, aku rasa rindu sangat kt abah. abah aku pernah jadi manager kt situ. dan kami anak beranak dah berumah tangga kt situ. kt royal room. tu pun kalau ada lagi lah royal room tu.

* bila lalu depan hospital teluk intan, teringat saat saat abah berulang alik. dah jadi rumah kedua.

* depan hospital tu ada satu kedai lot tepi. dulu nama restoran tu, ibu intan. sekarang tak tau. pernah jadi restoran abah. abah terel masak. especially, tomyam abah. memang kick. rindu betul nk makan tomyam abah!

dan mungkin ada sepupu aku yg selalu memuji kebaikan abah. mungkin.....

abah pernah kurung aku dalam rumah, sebab suruh aku hafal ayat tahiyatul awal. darjah 3. abah marah sangat sangat sebab aku tak hafal. aku pun hafal sampai aku fasih dalam sehari je. hasilnya berbaloi. dalam ramai ramai dalam kelas, aku yg mula mula angkat tangan nk baca depan ustaz dan yg lain kena marah!

terima kasih abah! * tak kisahlah darjah 3 baru nk hafal!

abah pernah pegang hanger, suruh aku belajar english malam malam. abah marah sangat kalau aku fail english. abah terel english. abah cakap dengan kawan kawan dia dalam english.
hasilnya, setiap kali ujian spelling, aku dapat markah penuh. teacher suzanna siap belanja aku kfc. dulu kfc sangat bernilai! rasa macam raja dapat makan kfc. lagi lagi cikgu belanja.

dulu aku terel english. selalu kena puji dengan teacher & kawan kawan. teacher suruh kawan kawan belajar dengan aku.

bila masuk convent, kawan kawan lama masih lagi kata aku terel english.

tp sekarang, dah tak terel macam dulu. ramai lagi yg terel dari aku. setakat nk jawab masa interview okaylah.

tapi, terima kasih abah!

aku inginkan lelaki yg bakal jadi imam aku nanti, bercirikan seperti lelaki di atas. aku mahu itu!


aku rasa jeles bila tengok orang lain ada abah / ayah /bapak. dan aku marah bila yg ada bapak tu, buat buat macam takde bapak! hargai lah ibu bapa korang selagi mereka bernafas.

aku kesal ada seorang YB /Datuk /Menteri ni. dulu hes nobody, nothing. abah lah yg teman dia berpolitik dan berkempen. sampai dah jadi menteri sekarang. dia pernah janji depan mak aku dan embahtok, yg dia akan bela nasib kami 3 beradik. tp sampai sekarang, takde!

embahtok selalu cakap, ''dulu masa abah kamu ada, semua nk kerumun dia. tapi bila dah takde semua lari''

embahtok bukan maksudkan yg kami nk menagih simpati. tapi at least datang rumah, tanya khabar anak anak dan juga keluarga abah.

kalau aku cakap siapa datuk tu, mesti korang tak percaya kan. takpelah. simpan dalam hati je lah.

tapi yg paling aku benci, bila musim undi lepas, kecoh nk sebut nama abah aku ''dia lah kawan baik saya, yang sama sama naik dengan saya. kalau takde arwah, takdelah saya bediri di sini''

tapi, takde pun bantuan dari dia untuk kami sekeluarga.

kami bukan nk mintak tolong sangat pun. tp tolonglah kenang jasa abah. kalau bukan abah yg banyak berkorban, rasanya dia bukan somebody sekarang ni. mungkin dia masih ahli umno yg biasa biasa!

takpelah. semoga terbuka hatinya......


abah, etty mintak maaf sebab mengungkit kawan baik abah tu. etty geram sangat. lepas je abah dikebumikan, dia yg berjanji depan mak dan embahtok. etty nampak masa tu. tp sampai sekarang takde pun dia tunaikan janji dia. pernah mak nk telefon datuk tu, nk mintak bantuan sebab masa tu kitaorang susah sangat. tp etty tak bagi. etty cakap, biarlah kita macam ni, janganlah kita mintak mintak kt dia. entah entah dia tak ingat pn kt kita mak....

etty cuma rasa sedih sepanjang hayat abah, orang gunakan abah untuk kepentingan diri sendiri je. tak suka bila orang gunakan khidmad abah, kemudian bila dah nama naik, lupa macam tu je. tak layak jadi menteri pun!

cuma aku bersyukur sangat sangat, sejak abah pergi aku ada atuk nenek yg sudi menjaga kebajikan kami adik beradik, ada pakcik makcik yg tak putus putus hulurkan bantuan, yang menjaga kami sebaik mungkin. rasa sangat beruntung ada keluarga yg sungguh prihatin dan ambil berat! alhamdulillah!

abah, etty doakan abah tenang kt sana dengan embahtok, embahlain, atuk dan opah. etty doakan abah ditempatkan di golongan yg beriman dan dikasihi oleh Allah swt. dah lama abah tak datang dalam mimpi etty. kadang kadang rasa rindu nk berkomunikasi tanpa dialog dengan abah!

etty nk abah tau, yg etty sentiasa rindu dan sayangkan abah. walaupun abah takde depan mata etty sekarang, abah sentiasa di hati etty.

etty janji, etty akan jaga keluarga kita dengan sebaik mungkin. etty takkan persiakan mak, wanie dan nadiah. biarpun etty belajar tak tinggi, etty takkan biarkan adik adik belajar setakat diploma je. etty akan pastikan adik adik belajar sampai master! insyaAllah.

etty sayang abah. tak pernah lupa abah.

al fatihah!

7 comments:

NaddY said...

naddy masih ader abah lagi...
tak terbayangkan klu abah dah tak der...

smoga etty terus tabah...pasti bertemu juga disana suatu hari nanti...

e.t.t.y said...

insyaAllah.

naddy yg ada abah ni, cuba buat dia gembira okay.

kalau lah abah kita ada lagi, kita akan cuba buat dia gembira selalu!

Misz Pinkie Winkie said...

semoga etty terus tabah yerk.
abah kamu sudah pergi,,tapie mama kamu masih ada..
hargailah dia.

lin sudah tiada siapa-siapa.
mujur ada adik beradik pengubat rindu.

e.t.t.y said...

yeke lin. sorry to heard that.

takpe, kami pun ada!!!!

Papa meow said...

Alfatihah buat Abah etty.

YA, semoga terus tabah. Sentiasalah berdoa untuk Arwah Abah ya. Insyaallah.

meowwmania said...

sedih sy baca...

kuatkan smgat, smoga etty makin tabah mengharungi hidup ini dan smoga seluruh keluarga etty sntiasa dilindungi dan diperluaskan rezeki amin..

al-fatihah utk abah etty..

HidupItuManis said...

Al Fatihah..etty,abah ko sure bangga ade anak mcm ko.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails