:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, July 24, 2010

eh, budak bertiga tu ada tetamu lah.

hello hello


alkisahnya, budak gemuk berbulu putih tu ada kt rumah aku sekarang. opss no no no, hes not mine. dia kucing kesayangan kepunyaan kawan lama, abg syamsul.

abg syamsul dan kak sara tumpangkan semalam kt rumah. esok mereka akan menyertai cat show di dataran pahlawan. ada masalah kesihatan melibatkan saudara kak sara, maka tengah buntu tak tahu nk letak mana, abg syamsul tanyakan pada aku samada boleh ke tak tumpangkan uteh. aku on je. mak pun okay.

sampai petang tadi. sempatlah laki bini tu jamah sikit nasi lemak mak. dah lama benor abg syamsul mengidam. hehe.

budak budak rumah ni rasa terancam kot. hissing je. sekali uteh angkat badan, semua mencicit lari. haha. mula mula tunjuk hero ini rumah mereka, sekali semua angkat kaki tak keluar bilik. atenya, badan uteh tu 2 kali ganda besarnya. bayangkan, kita dah anggap mell tu gemuk, ni uteh lagi gemuk. hahahaha.

uteh dah pernah menang cat show last year categori DLH. so kalini, harapnya ada rezeki lagi.

mak teruja habis pegang bulu uteh. nadiah kata lembut macam kapas. haha. kucing bulu panjang, macam tu lah gayanya. kt rumah ni semua bulu pendek. haaa, gomol lah puas puas si uteh tu sementara ada kt rumah ni lagi.

okaylah esok sambung cerita uteh lagi. ada gambar dia, tp belum transfer.

okay abg syamsul. good luck esok. dan semua peserta. sha pun. esok insyaAllah, kalau ada masa aku adalah kt situ nun.

4 comments:

Papa meow said...

Harap2 dak Uteh tu leh menang lah ye, hehehe....cumelll tu, dak kecik tu pn kiut ya amat, nk ajak fight ke tu :D

meowwmania said...

gebusnya si Uteh gerammm

gud luck Uteh!

etty said...

papa meow - tu teman dia kt rumah tu. biasalah kitten, ajak main.

meowwmania - gebu kan. memang geram. dah lah wangi.

Adzmir said...

Salam semua...izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kat etty sebab sudi tumpangka budak gomok tu barang semalaman...terlepas gak hajat nak makan nasi lemak mak...hehehe...alhamdulillah dak uteh berjaya mengekalkan keputusan tmpt ke-2 dia dr tahun lepas dlm category yang sama... :D tQ all...insyaAllah kami akan turun sekali lagi ke Melaka...nnt boleh ler kita berkumpul dgn kucing masing2 yea??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails