:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, July 19, 2010

pengantin yg orange!

hello hello


[auto publish] [entry berjadual]



minggu lepas, pergi jemputan kahwin kawan mak. pengantin tu yg kawan mak ye, bukan mak bapak dia yg kawan mak. kelas uolssss mak aku kawan dengan budak budak muda. haha.

kenduri kt kampung, meriah lah jugak. tp over meriah sebab deejay pasang lagu kuat sangat. nk bersembang dengan mak kt sebelah pun, tak selesa.

tips: pesan lah kt deejay, bang nanti jangan pasang lagu kuat kuat eh, sedap telinga mendengar sudaaaa. utamakan keselesaan tetamu. mungkin pada masa ni, saudara mara berkumpul, dok nk gebang gebang kan. ate kalau dah kuat sangat sound dia, camne nk bergebang?? kena jerit jerit ke? hah, not good okay.
so rasanya, boleh mintak toleransi dari deejay. kalau nk meriah dengan karaoke pun, harap direndahkan volume tu. kena bincang betul betul sebelum hari majlis.
dan kalau boleh, pastikan ada seseorang yg handle benda ni. yg alert sound tu kuat atau tak. kalau agak agak deejay tu dah naik sheikh pergi kuatkan volume, at least orang yg handle tu kena alert dan bagitau supaya kekalkan volume.

tak salah pun kalau request macam tu....

pelamin yg just nice. sedap mata memandang. so dah tau lah tema color apa kan. kira okay lagi lah sebab tak sarat barat dengan orange. less is better. cukup ada langsir 2 lapis kt belakang tu.


pengantin dah okay dah, cuma pengapit tu je. sebaiknya, warna baju pengapit janganlah sama dengan pengantin ye. biar nampak harmoni, cuma jangan nk 'menjerit' sama sama. rasanya kalau warna baju pengapit tu, lagi soft lagi lembut, dah cun dah. ni sama sama nk over shadow. kang kalau terlebih, orang confused mana pengantin.

dalam gambar memang tak nampak 'jeritan' warna tu. tp in real, memang nampak. kesian pengantin. ada orang lain lagi vogue dari dia. hahaha. *kidding


ni je gambar yg nampak pengantin lelaki.

see orang sekarang dah berani nk cuba warna warna garang ni. okay je kan. cuma aku rasa, warna oren ni warna panas. kalau canopy pun semua warna oren, bertambah dengan cuaca panas, aduhai, silau je rasanya.


owh, ada toll jugak. btw, kalau rasa rasa akan kena toll, sila lah bagitau pihak pengantin lelaki akan hal itu. boleh nego dengan keluarga, contohnya ambik jelah angpow tu, jangan nk pertikaikan berapa $$ dalam sampul tu.

sebab pernah satu majlis aku datang, sedara mara yg kecoh pasal toll ni. rasanya dalam sampul tu duit kecik kecik je, tp dorang tak bagi pengantin lalu sebab dorang nk rm50!!
biadap tak???

so, kalau nk memeriahkan suasana, tak salah pun toll ni. cuma bincang baik baik dengan makcik makcik, terima je seadanya dalam sampul tu berapa. asal ada, dan meriah!

pesan pengantin lelaki pula, sediakan je berapa banyak sampul berisi. letak rm1 pun jadilah. kata nk have fun je.

apa apa pun, kena berbincang kedua belah pihak. memang syiok pun gelak gelak kt toll ni.
cuma tak suka kalau nk duit besar je.

paling best kt majlis ni, lauk dia. ada asam pedas tetel [daging lembu, otot, lemak lemak sikit], ayam kampung masak merah which is amat rare guna ayam kampung. nk ratah pun rasa segan sebab liat dan takut tersenggol orang sebelah. haha.
cuma takde air sirap, ada air oren. owh lagi syurga kt kenduri kahwin ada air sirap kan?

buat sendiri lah wey!!!!!!


selamat pengantin baru kawan mak yg tak tahu nama! hehe. semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

3 comments:

lily lotus said...

congrates pengantin oren :)...feeling belanda kot..hihi

saya said...

pasal karaoke volume--agreed! kadang naik pekak tinga, kuat sekadarnya je cukup la kan. nk kuat2 sangat pi club la banggg...

pasal pelamin--agreed! simple je tapi menarik & cantik.

pasal pengapit--agreed! overshadow pengantin tak elok la. ni kan majlis utk pengantin. awak nak over2 tggu majlis awak la. hahaha...

pasal tol--agreed! tol2 ni just for fun je. jangan la sampai menimbulkan perasaan tak puas hati pulak. kan masa utk bergembira. ni sampai paksa2 tak syiok la kan.

Pasal pengantin--selamat pengantin baru!!!!

e.t.t.y said...

saya - wahhhh semua agreed ni!!! bagus bagus...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails