:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, July 10, 2010

no hantaran can aaaaa???

hello hello


aku suka kerja menggubah. lagi lagi gubah hantaran. paling aku suka sebab buat lah macam mana pun, tetap jadi cantik. even tangan bukan tangan ''halus''.

sebelum ni aku berangan, nk buat gubahan hantaran sendiri. alah, mana pernah sejarah keluarga aku pengantin perempuan tempah tempah. pengantin lelaki ada, tahun lepas. abang aizat, paman thaqif. dia tempah kt chow kit. sebab masa tu, takde orang boleh tolong. lagi pun, kalau ada duit, semua kerja jadi senang.


ni hantaran yg ditempah kt chow kit tu. hasilnya memang cantik. not bad lah dengan harga dia kan.


aku betul betul teringin nk buat hantaran dari bunga dip. kalau ingat dulu, aku dah pernah survey harga dip kt kedai bunga. ntah, aku pun dah lupa berapa harga dia. ngeh ngeh ngeh.

tapi baru baru ni, bila aktif balik kepala otak fikir pasal kahwin kahwin kahwin, tiba tiba otak tu menyeru nyeru je ''apa kata tak payah bagi hantaran?''

haaa kau. terkejut tak bila dapat seruan tu? fikir fikir, macam betul je. terus sms najib. tp hampeh dia, tak balas pun sms aku. bila nk bincang hal tu, asyiklah banyak halangan. so baik aku fikir sendiri dan buat conclusion sendiri. kalau aku, tak payah bagi dia hantaran, tp kalau dia nk bagi alangkah nikmatnya hidup. kahkahkah. sapa suruh tak mo bincang????

hantaran dari pihak perempuan pada abg aizat.


alasan aku, barang barang hantaran selalunya kita beli yg mahal dari kebiasaan kan. kata hadiah. so banyak duit pakai kt situ. so why not, kita simpan je budget hantaran tu, spend untuk benda lain. kita enhance kan benda lain. mungkin budget tu, kita spend more pada baju yg meletopssss contohnya atau pada photographer. OP sekarang demand ye. kalau nk murah, tak cantik. banyak edit jadi fake gila gambar tu.

so nk yang cantik mesti datang dari quality kan. selalu quality yang bagus, harga macam mahal sikit kan.

so gunakan duit tu, untuk hire OP yg bagus bagus. aku dah try survey kt abang rudy. oh dia ni, dah 2 orang sepupu aku guna service dia. semua suka gambar dia. cantik sangat. hari tu masa eton kawin, aku kenen jugak nk diskaun masa turn aku nanti kan. aku kn generasi ketiga. haha.


hantaran masa jaja bertunang tahun lepas. blog ni belum wujud so takde link! hehe.


ni pendapat peribadi aku je. in fact, aku dengan najib sekarang dah plan, kami sebudget yg boleh untuk majlis. hantaran tu masih dalam budget. jadi, kita potong hantaran tu, masukkan budget hantaran ke dalam keperluan yg lain.


see, aku boleh dapatkan baju yg grand mungkin. dan...aku mesti seronok bila gambar kahwin aku paling cantik dan anak anak cucu aku tak berkedip tengok gambar kahwin aku di masa akan datang!

takpun.......................! kami boleh gunakan untuk beli keperluan rumah kami! hahahaha.

tapi kena ingat, tak semua ahli keluarga bersetuju dengan pendapat kita. orang orang tua. nk lagi pegang adat. ''eh takde hantaran, macam tak best je'' urm macam macam lah nanti pendapat keluar dari makcik dan pakcik.

dan rasanya, kalau tak bagi hantaran macam handbag, jam, perfume and so on, maybe aku boleh bagi hantaran dalam bentuk makanan, gula gula, buah buahan atau kek. asal ada kan.

dan hantaran aku nanti mungkin bagi makanan dan sedulang lagi, cincin untuk pengantin lelaki. mungkin.................................!

lagi satu alasan, nanti bila time birthday & anniversary, mungkin tak dapat lagi hadiah tu. pasangan atau kita sendiri mesti cakap ''eh, kan dah bagi hantaran hari tu''

oh sungguh tak seronok bila hari hari penting takde hadiah!


okay okay proceed with this plan! yezza yezzzzaaaaa.....harap harap menjadi. fuh fuh fuh!

2 comments:

sI tEDI said...

InsyaAllah

Anonymous said...

hantaran..mmg trend org sekarang org kedai yg gubah..Ada kedai kat Nilai 3 kalau beli brg kat dia..dia FOC gubah. Tapi kalu pompuan mmg suga gubah sdiri hantaran.

Suggest buat juga hantaran tu tapi buat mcm org buat sekarang ..hanya 4 ke 5 brg hantaran je. Nampak ekslusif pun ada. Tak la budget besar.. kalau bg kek, bunga rampai, sirih junjung, baju dengan neck tie ke... (Buat sikit tp nampak ekslusif better dr buat banyak tp membazir


mak teh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails