:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, July 24, 2010

beli tilam baru.

hello hello

serius, aku mengalami masalah sakit tulang belakang yg kronik. dulu kt kl, sebab aku hanya tidur beralaskan tilam nipis 3 inci. dan kadang kadang toto. tp sejak kt melaka, tilam queen size 7 inch tu tak mampu membaikkan aku, malah buat keadaan makin teruk.

lantas, aku membuat keputusan cari tilam baru. tilam spring. tilam yg sedia ada tu pun, bukan spring dan telah pun berusia lebih kurang 10 tahun. bila dibelek belek, tilam tu dah tak rupa 7 inch, tp hampir ke 2 inch. haha. adakah aku berat??? tetttttt...kita tunggu jawapan selepas ini.

nk beli tilam pakai sendiri, beli yg murah sudah...bila sudah bersuami, baru paw duit suami beli tilam vono atau getha!

depan rumah, ada banyak kedai perabot. mula mula pergi yg betul betul dekat dengan econsave. kedai warna merah sebab pemilik dia bangsa cina dan percaya akan warna merah bawak ong.

tanya tanya tilam yg paling murah. dia tunjukkan aku dan emak, tilam spring 8 inch. harga rm399. jenama tak pernah dengar ataupun aku je yg kolot. swiss apa ntah.
kakak tu kata, promosi sampai harini je. eh bukan harini yg korang baca blog ni, tp hari tu lah. hari apa ntah aku dah lupa.

lepas tu, hari hari lain, kelmarin kot aku pergi lagi. tanya kt tokey kedai pulak. harga tilam paling murah berapa. dia kata 499. ooo betul kot promosi dah habis. jenama yg sama.

lepas tu pergi ke kedai lain. kan dah kata, banyak kedai perabot. tanya tanya. amoi tu kata tilam paling murah 499 jenama goodnite. siap up up kan lagi nama eric leong, gaya macam eric leong akan bagi dia komisen. haha. tp sebenarnya, bila dengar nama eric leong, buat aku berubah fikiran. aku nk! haha. bagus betul pengaruh eric leong eh.

dia bagi aku harga 48o siap dengan mattres protector dan sebijik bantal juga aku penat bodek bodek. susah rupanya nk dapatkan bantal sebijik! impian nk dapatkan sebijik bantal peluk pun tak kesampaian. amoi tu kedekut. hahhaha. tp amoi tu kata aku comel macam siti nurhaliza tu sebab dia bagi bantal free. cissssss...ehem ehem. macam malu pula!

so sekarang, aku tengah tunggu tilam sampai sebab dia janji hantar hari sabtu.

korang jangan gatal gatal cakap, laaaaa mahalnya, kt kedai tu boleh dapat harga lagi murah. aku libas dengan ekor pari kang. garang ni garang! hahahahahaha. * kata permaisuri harimau jadian.



okay, kroh kroh kroh. eh dah tidur pulak. tilam belum sampai aku dah tidur. semoga tidur aku lebih lena. lepas ni, makin malaslah aku nk bangun pagi lagi. hehehe.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails