hello hello
tengah tengah puasa ni, nafsu makan aku, masyaAllah.....macam macam aku inginkan.
FIRST - nasi ayam gemas! SECOND - spagetti meatball.
lain lain, aku tak boleh bukak blog yg tunjuk makanan. mesti terliur......grrrrr grrrrrr tahan gigil.
tadi terlaksana jugak makan spagetti. tapi bukan yg aku inginkan. weyyy apahal dah macam orang ngandung pulak ni???
harap maklum. oleh kerana tahap kebuluran amat tinggi, tiada gambar original. gambar dari gugel ek. tp aku takut je, esok siang aku hadap blog, aku terliur lagi sekali. aku ni bukan betul sangat pun. hahahahhahaha.
selalu memang aku guna cap prego ni. orang kata jangan guna yg dalam botol, takde cop halal. ntah, aku pun tak pernah belek dan tak penah beli. beli dalam tin sebab sekali guna. takde nk simpan simpan de.
aku tak pernah guna 1 perisa sahaja setiap kali masak spagetti. harus aku campur tomato range + cream range. barulah meletups.
yg selalu aku guna dan memang tak pernah menghampakan aku adalah perisa tin warna hijau dan perisa tin warna kuning. tu yg bertanda LOVE tu. memang sedap habis lah.
tapi harini, nk tukar selera. warna hijau dan warna coklat. yg tertanda ETTY tu. alamak, rasa dia so so je. tak selemak yg warna kuning tu. dah kata keju kan. aku kalau bab menambahkan lemak, memang terbaik. tapi apa salahnya tukar selera lain kan. takkan nk makan yg sama je.
niat di hati nk buat homemade meatball. kt econsave takde burger ramly. beli burger cap apa ntah. sekali tak jadi. tak melekat. bila time nk goreng tu, terburai daging daging tu. sabar jelah. makanya, jadikan perencah je.
kalau nk buat meatball tu, guna burger daging cap ramli.
kepingan daging burger tu [bahagi pada 4 bahagian, sedang sedang je saiz bulat dia]
[kang, korang uli uli lah daging tu buat bentuk bola. dah nama ball ye idak]
kalau nk goreng dulu pun boleh. tak goreng pun boleh.
masak macam biasa. setel. sedap wehhhhhh!
aku cakap1: by, jomlah makan kt nasi ayam gemas pulak............................plizzzz plizzzzzzz....kt melaka punya tak sedap, kt tampin punya bestttttttttttttttttttttttttt wa cakap luuuuuu !
No comments:
Post a Comment