:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, July 7, 2010

cepatnya masa berlalu...

hello hello


mula mula terfikir nk taip entry ni, perasaan tu okay je. tp bila nk buat selection gambar, jadi syahdu tiba tiba. sebak je hati ni.

melihat besar masing masing yang dahulunya sama saiz tapak tangan aku, sekarang dah sebesar peha aku. dengan tangan ni, aku memberi makan, tangan ni jugak yg scoop poo, dan tangan ni jugak yg membelai jika mahu dimanja. tangan ini yg membesarkan mereka.


serius, aku sebak betul bila tengok gambar gambar dorang kecil dahulu.

lagi lagi mell. betapa aku mendambakan 'dia' sekian lama. terlalu banyak drama dan pancaroba, banyak bermain dengan hati dan perasaan, perhubungan dengan kawan sepejabat, rakan serumah. macam macam. dah mell datang saat yg aku tak terjangka. ingatkan takde jodoh, rupanya mell yg berjodoh dengan aku!


mell membawa keceriaan dan perubahan pada kami berempat [kak hana, kak dhani, kak mimi]. pernah kak dhani cakap ''bila ada mell, rasa nk balik awal je''. hehe. biar macam mana pun dia nakal dan garang macam anak singa, dia tetap jadi buah hati kami.

dan dia sememangnya buah hati aku!


kemudian adik pula datang dalam hidup kami [kak hana, kak dhani, kak mimi] tak terjangka pun. membawa satu lagi kegembiraan pada kami berempat. dan juga mell aku fikir. seronoknya mell dapat adik dan teman baru. tak lah dia boring duduk rumah bila orang pergi kerja.

datangnya adik juga, buat rumah jadi huru hara. tapi keadaan tu yg aku rindu. rindu nk melihat mereka berlari lari di rumah lama.

cerita tak best, yg tahu, tahulah. mana yang tak tahu, biarlah aku pendam. yg penting, aku bahagia adanya adik dalam hidup aku. dan akan terus bahagia bersama adik!

adik, kesayangan aku sampai bila bila!

dan rasa tak seronok bila terpaksa pisahkan mell & adik daripada kak hana, kak dhani & kak mimi. nanti bila free, datanglah melaka jenguk mell, adik & ahboy ye....

ah boy. sesuatu yg langsung aku tak jangka. lagi lagi yg bawak balik, mak aku. haha. tapi sebenarnya, wujudnya ah boy, lagi membawa erti kepada kami sekeluarga juga pada mell & adik. melengkapkan keluarga kecil kami.

dari sekering kering kucing, dah jadi sedebab debabnya. gembira aku tengok dia serasi dengan yang lain, dan bersama kami. tak banyak karenah menjaganya. cuma banyak makan. tapi sedikit pun tak mengkalutkan aku. malah aku gembira tengok dia banyak makan sebab dia lah yang punca makanan tak terbuang.

ah boy, permata hati aku.



sedih lah. rasa nk kembalikan masa tu balik. biar dorang jadi anak anak kecil lagi sekali dan mungkin sampai bila bila. tapi mana mungkin!

sebab satu hari nanti yg pasti, dorang akan tinggalkan aku. masa tu, mungkin air gamat, air zam zam takkan dapat menolong aku lagi. ajal dan maut, Allah yg tentukan.

aku bersyukur menjaga 3 ekor ni tanpa banyak masalah. senang menjaganya. hati ku jugak senang selalu. gundah macam mana pun, bila adanya dorang disekeliling aku, terus hilang tension tu. balik kerja penat penat, hadap karenah bos yg ntah apa apa, hilang sekelip mata.

melihat bertiga ni tidur kekenyangan, gembira hati aku bukan kepalang!

rezeki walaupun sedikit tercantas, tapi tak pernah putus bekalan. aku pelik, tp Allah dah menjanjikan begitu. syukur aku...Alhamdulillah.


cepatnya masa berlalu dan aku langsung tak sedar, anak anak dah kian membesar.

4 comments:

meowwmania said...

yelah mmg sedih klau tgk gmbr2 lama, masa bebudak ni kecit2..bila engat2 sonok sgt lyan kerenah dorang ni kan

smoga mell, adik dan ah boy sntiasa membawa keceriaan dlm hidup kamu ;D

NaddY said...

setiap pertemuan pasti ader perpisahan...tp yg membuat segalanya berharga adalah waktu selepas pertemuan dan sebelum perpisahan...

semoga semua sihat2 n membesar lagi bagaikan johan heheheh

Misz Pinkie Winkie said...

betul tue .
memang sedey sangat kan...
dari kecik jaga sampai lah besar..macam2 kita perolehi.
kesabaran, kerajinan, kewangan semuanya mainkan peranan.

lin pon kekadang tak sangka leh jaga sampaoi 12 ekor.
orang tengok macam ramai..tapie pada lin biasa jerk.hehheh
dah sayang lah katakan.

e.t.t.y said...

meowwmania - kadangn kadang tahan hati nk tengok gambar lama sebab tak mo sedih. tp degil!

naddy - hehe. memang dah besar bagai juara dah ni.

lin - 12 ekor tu kita banyaklah lin. takut pulak nk ela banyak2. sebab tak mampu. insyaAllah, kalau mampu nanti boleh ikut jejak langkah lin. lagipun bapak tiri kurang suka bila dah kawin nanti. aihhh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails