hello hello
anak dara nan satu ni, kalau tidur tu masyaAllah. cantik habis. sopan santun habessssss!
lepas tu suka tidur tengah tengah alam. tengah orang sibuk nk lalu tu lah, kt situ dia menebeng sama. selalu gaduh dengan mak. kan mak kehulu hilir tiap tiap petang nk masak untuk berniaga esok. ate kalau dia dah halang laluan dengan badan yg sedikit comel tu, maunya mak tak membebel. aku biarkan je dua beranak tu bergaduh. ada sedikit kecomelan bila mak aku bergaduh dengan kucing!
oh, sebenarnya, dulu mak aku tak suka sangat kt kucing tau. tp datangnya mell kt rumah ni, merubah perspektif mak. bila ada adik, lagi mak berubah sampai terbuka hati mak bawak balik boboy ke rumah. see, magic kan penangan kucing ni!
sedikit selingan. pernah tak dengar novel cleo? aku rasalah tajuk tu. pasal seekor kucing hitam yg berjaya merubah sifat dan sikap sesetengah manusia yg tak suka kucing. aku tak baca pun. sempat baca sinopsis je kt kinokuniya dulu.
motif novel tu macam ''seseorang yang tak suka kucing, akan suka bila dah hidup bersama, sebumbung'' haaaa macam tu lah konsep dia. korang gugel lah. kalau salah info ni bagitau aku. aku dah berkurun tau pasal benda tu, mungkin aku lupa.
so, mungkin betul konsep novel tu. contoh macam mak aku lah. ingat lagi, bila mell seminggu kt melaka, di bawa balik KL, mak dah call aku tanya macam mana mell. lepas tu mak cakap ''mak asyik terdengar loceng mell je. mak ingat mell ada'' sedih je dengar. macam kes rindu cucu je kan.
jadinya, aku harap miracle tu datang pulak pada najib. sedia maklum. dia suka kucing, tapi bukan suka macam kita kita ni. suka dia sekadar bolehlah tolong bawakkan aku pergi vet, boleh tolong angkut aku anak beranak dari KL ke melaka. haaa camtu lah. takde lah obvious sangat.
dan sekarang, selalu dia cakap. ''lepas kahwin kang, no cats okay''. kalau korang, sedih tak? aku rasa macam tak mau kahwin tahu tak? tu yg aku harap sangat, dah kerja nanti, dah kahwin, duduk dulu rumah mak. bila dah sebumbung dengan anak anak aku, akan mengubah persepsi dia pada kucing. lepas tu dia suka kucing, sayang kucing, macam mak aku! dan dia akan benarkan rumah kami nanti, ada mell, adik, boboy dah lain lain. hahahaah. ada hati nk menambah tu kan. =)
eh, panjang je mukadimah aku ni....cubit kang!
ni kt tengah tengah walkway nk masuk bilik, depan bilik air. dengan terkangkang nya. aduhai si mell.
huh, sedar diri tak dah tak muat masuk bawah sofa tu mell? kelakar tau. kalau main bola, bola tu termasuk bawah sofa, dia nk kejar sampai dalam. tapi kang, dia stuck. tinggal ponggong je tak muat masuk. hehe. comel tau!
selalu aku kacau kalau dia tidur macam ni. kadang kadang aku landing atas perut dia. macam bantal. pastu kang, dia emo. cari tempat lain. cessss. kuat emo minah ni.
bawah meja makan.
aku jarang buka pintu depan. sebab masing masing gatal nk keluar. kang tiba tiba dah turun @ naik tingkat lain. malas aku nk menjaganya. kang kalau gaduh dengan kucing, aku jugak yg kelam kelibut.
tp kalau buka pintu depan tu, dorang behave jugak. berkumpul bertiga, tidur situ. sedap kot angin sepoi sepoi bahasa.
haaaa, kalau tidur macam ni kan molek mell???? ayu je muka tu tau.
sekali muka yg ayu tu, tak lama! tidur bukak mata!
kalau musim hujan @ sejuk lagilah. dia akan dok menyelit kt mana mana tempat. space ni sebenarnya tak luas. tp dia tolak tolak bantal tu, sampai dia muat. boleh??? pastu krohh kroooh. orang kejut pun buat tak tahu.
lepas tu, dia mengajar adik adik dia tidur macam dia. so far, boboy yang ikut jejak langkah dia. adik belum lagi. sebab adik suka tidur merengkot macam udang!
agaknya sebab fizikal dia yg gemuk tu kot kena tidur macam tu. kalau aku blogwalking, ramai je kucing tidur macam mell ni. tp almost of them, kucing yg gemuk. yg kurus ni jarang pulak tidur macam tu.
ni betul betul bawah kipas. dan juga tengah tengah hall. tempat ni lah yg selalu dia gaduh dengan mak. kalau bawah kipas dia tidur, jangan haraplah bila dikejut dia bangun.
lagi satu, kalau dalam bilik. dia jarang tidur atas katil tau. dia suka tidur bawah katil. tp kalau kipas dalam bilik terbuka, tup tup muncul dia atas katil. masih lagi di posisi yg sama ye.
hai lah mell.
mell, terima kasih kerana menceriakan semua orang dan membuatkan mak menerima kehadiran spesis kamu kt rumah ni. setelah bertahun tahun mummy tunggu. sayang mell.
4 comments:
hi etty. ur cats are adorable. rindu pulak kt my adibon. huhuhu
tapi betul u cakap. org yg xsuka kucing, tapi kalau dah dok sebumbung, nanti lama2 mesti suka.
dulu my hubby pon mcm tak suka sangat bila i bawak adibon stay dgn kitaorg after kawen.
tapi lama2 dia yg over protective. pantang dengar bunyi ebon gado mesti nak pegi back up ebon. haha
sweet memories :)
ewah..ewahh..
sedapnya dia tido.
eii geram plak tengok dia.
betullah..my cats pon suka sgt tido camtu pastu suka tido kat depan mata itam..mak lar yg slalu ckp camtu sbb bebdk ni suka tido kat tgh2 alam hahah...same je kan perangai dorang nih
btw, hopefully ur hubby leh terima kehadiran kucing comel ni mnjadi sebahagian dr hidup dia..camana caranya tu pandai2 la kamu pujuk yerk ;D
Ini antara aksi paling seronok dilihat hehehe
Post a Comment