hello hello
alkisahnya, sebelum ada kucing jantan, aku tak pernah fikir tentang keperluan batin dorang. haih. tp sejak ada 2 ekor dalam hati ni, benak ni memikir jugak.
aku sangat kasihan pada adik. adik tu aku kira sudah matang. ah boy mungkin dalam sebulan dua lagi, dia menyusul pulak. adik tu, ada masanya dia horny, dia akan terus gigit leher mell. pernah aku mengadu kt blog ni, mell tak berapa selesa bila adik buat macam tu. mungkin sebab dia sudah kehilangan deria, dia fikir adik nk harm dia. maka, berlalulah adik dengan perasaan kecewa.
aku pulak, iklankan kt mudah.com. ramai tahu. ramai jugak pada feedback. ramai dah sms @ call. ada yg kt melaka, ada yg luar melaka minatkan adik.
baru baru ni, aku cakap kt mak. ada caller dari lorong pandan. nk hantar kucing betina dia untuk mating dengan adik. mungkin dia akan hantar lagi 2 minggu. minggu depan aku akan hantar adik untuk vaccine, so selamat kucing betina orang tu. nk buat service ni, kenalah aku bertanggungjawab jugak pada kucing orang ye idak!
aku letakkan syarat, kucing dia yg datang pada kucing aku. so caller tu kata okay. syarat yg lain lain pun dia setuju.
tiba tiba mak tanya ''kenapa adik je tak dihantar ke sana?''
aku macam ''ala, takkan nk hantar adik ke rumah orang kot. tak maulah. nanti apa apa jadi kt adik susah. at least, kita akan jaga kucing orang dengan baik. kita memang takkan buat jahat kt orang. tp orang mungkin akan buat jahat pada kita''
oh maksud aku adalah general. aku masih kuno dalam nk mentafsir perilaku orang. aku ni, dalam baik sangka dengan orang, aku tetap buruk sangka. dan kadang kadang, buruk sangka aku melalut lalut.
aku baik. ye aku mengaku aku baik. kalau orang tu hantar kucing dia pada aku, insyaAllah aku akan jaga sebaik mungkin. tapi apa pula pada orang lain? macam mana dia akan jaga kucing kita kt rumah dia. tak semua orang baik macam aku, jaga harta orang macam harta sendiri.
so sifat sifat langkah berjaga jaga tu memang tebal.
aku nak cakap aku ada sifat yg satu ni, tp aku lupa apa nama sifat tu. lupakan lah!
mak: ''ish ada pulak nk biarkan kucing mengawan dalam rumah. mana boleh. tak elok lah''
etty: ''kenapa? tak pernah dengar pun tak elok. ada kawan yg duduk apartment, okay je''
mak: ''bawak sial lah''
etty: ''okay, takpe. kang cari kt internet. kalau ada, fikir fikir kan balik. kalau tak de, teruskan''
dan persoalan mak tu, aku fikir je sampai lah ke malam ni. aku buntu sebenarnya. apa patut aku buat supaya aku tak menjadikan anak anak teruna aku stress? mungkin adik stress apa yg dia hajati tak ditunaikan.
kemudian, ah boy pulak stress. kesian betul. berdosanya aku.
kemudian, aku fikir aku nk neuter kan dua dua sekali. sama macam mell. pengalaman dengan mell, aku puas hati. perasaan kesal tu dah takde sebab aku tengok mell membesar dengan sempurna. takde pun sifat malas, pasif. mell aktif macam sebelum dia di neuter kan.
tapi, aku masih was was. susah betul aku nk buat keputusan.
kadang kadang, teringin nk tengok anak anak adik & ah boy. kadang kadang fikir, tak penting semua tu. haihs....
aku nk mintak tolong para pembaca semua. bagi pendapat dan nasihat kt aku tentang neuter ni. aku tau, korang lagi banyak pengalaman dari aku. korang lagi banyak kucing yg perlu korang jaga dibandingkan dengan aku, cuma 3 ekor ni.
aku kena fikir benda ni baik baik. no turning back kalau aku dah buat keputusan. dan aku mahu, keputusan aku tepat dan takkan tinggalkan kekesalan dalam hidup.
aku mintak tolong kamu semua bagi penjelasan pada aku dari segi penjagaan untuk kucing jantan. aku fikir nk pergi vet hari khamis atau jumaat depan. tapi hari isnin minggu lagi satu, aku dah start kerja. masa aku nk jaga dorang terbatas. boleh ke aku uruskan dorang? susah ke dalam nk menjaga dan merawat luka dorang nanti?
tolong boleh? kalau ada ym, boleh add aku kt atiecutest[at]yahoo.com. kita boleh sembang sembang. aku takde kawan rapat nk bertanya pasal ni, aku cuma ada kawan kawan blog yg sama sama berkongsi minat dan passion dengan aku.
betul, aku amat butuhkan kalian.
3 comments:
hye etty, sori sgt sbb br sempat baca post kamu arini.. kat ofis skrg bz x sempat lgsg nak berblogwalking kat rmh lak adee je mende nak dibuat time2 camni br lah free
ok nak share pengalaman skit psal kcg jantan nih, kucing jantan kite sume dah slmt disunatkan ada yg sempat mengawan dan ada yg lom sempat mengawan dah disunatkan. bezanya klau yg dah sempat mengawan tu bila time musim mengawan walaupon dia dah sunat tp nnti mesti dia suka nak spray(kencing mancut2 tu) itu yg lemah tuh..kalau yg belum tu dia takan wat camtu. tp itu dr pengalaman kcg sndiri lah..xtau lah sume kcg same ke tidak ekk
lg 1 xpnh lak dgr klau kcg mengawan dlm rmh bwk sial..ni br first time dgr, etty da dpt info ke?
hai etty.
pada lin ikot kemampuan bukan kehendak.
kalo etty mampu dan hendak tengok anak -anak mereka.
tak salah.
tapie kalo etty tak yakin untuk menerima kehadiran yang baru.
better sunatkan.
macam lin dah banyak 12ekor..memang tujuan asal nak sunat.
andai satu hari lin kepingan nak anak bulus.
lin sendirie akan carik..
tapie untuk menambah tidak mungkin.
lin lagie suker tengok mereka bolat2 kat umah.
hehheh
meowwmania - dah gugel, tak jumpa pulak.
lin - bolat bolat ye? mesti best peluk ni.
Post a Comment