hello hello
aku bukannya pemain game tegar. lagi lagi game online yg kt facebook ke, yahoo game ke. setakat ni lah. akan datang, tak tau.
dan aku cukup pantang, kawan kawan fb aku mengadd @ invite main game ni. dah bape kali aku sound tepek kt wall masing masing. jangan nk invite aku main game lagi okay!!
hahaha. bajet bagus je aku ni kan.
sebab aku jenis kurang sabar dalam melayari internet. almaklumlah, aku pakai berukband. in fact masa zaman kerja, aku kerja betul betul. cecey. main main zaman kerja, bukan main game. sebab aku jenis focus dan cepat addict. kang kalau aku dah addict pada game, tentu aku ''youre fired''
pilihan aku, gugel game free untuk download. download masuk dalam laptop, main sampai lebam biji mata. dah bosan, buang. masuk kan game baru. so far, game ygberkapasiti kecil sahaja aku download. laptop ni belum lagi menerima game yg kena install guna cd tu. oh pernah dulu. the sim 3. tp sebab bodoh piang. aku ingat boleh main camtu je, tak tahu kena install the sim 1 @ 2 dulu. haha. malu bertanya sesat jalan! pastu dah malas nk habiskan duit beli game cd. baik aku beli makanan kucing!
tapi baru baru ni, by mintak tolong aku mainkan game dia kt tagged. hoh, orang tua ni layan tagged sial. tak kuasa nyah nk layan tagged banyak gambar bogel tu. geli je.
so aku sign in tagged, atas sebab mainkan game dia je. yg lain, mintak maaf lah aku nk jengah walaupun naluri kuat suruh stalk apa yg ada dalam inbox dia. hahahahahhaha. tu biasa.......
ni aquarium. dia bela kura kura.
ni bela ikan.
kerja aku - bersihkan aquarium & bagi makan. lain lain sorry.
ni farm pulak.
kerja aku - tolong petik tanaman, gi jual dan tanam yg lain. kerja lain seperti membajak, mintak maaf!
game ni pun, aku tolong dia mainkan, masa dia kursus kt KL minggu lepas. kalau tak sendiri lah main.
cuma semalam, dia busy kot. meeting sepanjang hari. so tak sempat nk layan game. malam tu dalam pukul 12++, time dah nk tidur. dia sms aku ''bukak tenet tak? tolong jualkan tanaman i, pastu tanamkan asparagus''
''wey, nk tidolah. esok esok lah''
''tak boleh. esok dah turun harga''
dah, aku malas nk layan.
pastu dapat lagi sms ''adushhh, habislah tanaman i''
sekali lagi, aku tak layan sampai ke sudah.
hahahahahhahahahhahahahhahahhaaha
mula mula main, dia siap marah marah aku tak reti. memang lah tak reti! aku mana pernah main game ni. pastu dah lama lama tolong mainkan, okay lah sikit. tp tu je lah kerja aku. bagi makan, bersihkan, tanam.
bila dah bersihkan aquarium, aku cakap kt by ''okay, i dah bersihkan aquarium. kang esok esok turn u pulak eh bersihkan toilet kucing i ek''
pandai pulak dia mengelat. ''ala tu betul betul, ni main main je''
wakluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
aku tunggu jugak satu hari nanti dia tolong aku cedok taik kucing kucing aku. hahahahahaha. dia tak mau, aku seligi habis habis.
1 comment:
iskk ganasnya haha..
xpenah men game online camtu, xde napsu lah bek layan kucin tomel i tuh hee~
Post a Comment