:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, July 1, 2010

selagi ada usaha.

hello hello


syukur alhamdulillah, adik dah sihat dan kembali pada keluarga kami. ya Allah, betapa aku bersyukur atas rahmatMu yaAllah. rasa macam nk buat sujud syukur.

takpe, next week kalau takde aral, aku boleh tunaikan nazar. upss tak boleh bagitau nazar apa. hehe. tp kepoh nk bagitau kt sini. cettttt.

usaha aku untuk pulihkan adik, mana yg terdaya je korang. kalau aku banyak duit, mungkin adik dapat lagi sempurna rawatannya.

pergi ke vet hari ahad - rm60 [kos ubat ubat] + rm10 [wetfood ad + glukose] =rm70
air gamat - rm10.90 mydin
air zam zam - rm6 mydin [pastu habis, yaya bagi lagi sebotol]

tu je lah usaha aku.

idea air gamat tu, aku gugel. pastu terjumpa kt forum. forumer tu kata, dia bagi minyak gamat. tp aku tak berani, so ada alternatif lain, iaitu air gamat. so aku try lah air gamat.

bila sampai mydin, terjumpa air zam zam, aku try je beli. percaya lah air zam zam adalah air yg paling baik antara air air lain, dengan izin Allah dan niat yg baik ye. sebelum bagi adik minum, aku niat semoga kurangkan kesakitan adik, pulihkan kesihatan dia, dan juga selawat atas Nabi. macam yg selalu kita buat bila nk minum zam zam tu.

sebenarnya, air zam zam kt mydin tu, rasanya macam tak se pure zam zam yg kita dapat straight dari mekah tu tau. even aku was was tahap original dia, aku pasrah je. betul betul aku tawakal.

air gamat tu pulak, rasanya masin. memang adik tak suka. tp paksa jugak. air gamat tu cap petani. ada je yg murah harga rm3 tu, tp aku try yg sedang sedang harga dia. yg paling mahal dekat rm20 kot harga dia.
tak habis pun, tp kita sendiri boleh amalkan air gamat tu.
in fact, aku jadikan supplement pada mell dan ah boy. dan insyaAllah, aku akan rajinkan diri aku, suapkan dorang air gamat tu seminggu sekali. tu pn lepas aku buat research molek molek. takut jugak kalau ada side effect kan.

dua jenis air ni, memang aku tawakal. aku usaha je since dapat information dari forum. kalau tak gugel, mesti aku tak bagi kt adik kan? nasib baik ada internet kt rumah.

alhamdulillah, dengan izin Allah, adik beransur pulih. syukur tak terhingga.

ubat ubat adik, antibiotik memang disuruh habiskan. so dah habis. tinggal ubat tahan muntah dan tahan sakit je. tu pun, biarlah aku simpan. kang kalau terdesak belum sempat sampai vet, at least ada back up.
satu lagi, dapat ubat apa ntah nama dia. serbuk, kena cairkan. warna kuning. pernah gugel nama ubat tu, tp tak jumpa pulak.

makanan AD tu, memang untuk kucing yg sakit. bagi tenaga. first time dengar pasal kebaikan AD ni, kt petshop tengkera. aunty tu bagitau info kt aku kaw kaw punya. bagus betul.
macam pernah aku cerita, nk suapkan adik memang seksa. aku kena bedung dia. sorrylah, takde gambar masa tengah bedung tu. celah mana pulak kan nk tangkap gambar, dengan dua dua tangan hebat memegang adik. hehe.

AD tu aku campurkan dengan glukose. glukose tu macam glukose yg tin biru tu. kt pack takde pulak tulis for pet only ke apa. so aku assumed, sesuai untuk manusia jugak. tp confirm lah takde sapa berani minum benda tu kt rumah ni. hahaha.

aku bagi makan semua ni, guna syringe @ picagari. dan masa bawak adik ke vet tu, barulah tahu cara cara nk bagi makan guna syringe tu. haha. selama ni selamba kodok je aku nganga kan mulut kucing kucing aku. rupanya masuk ikut tepi mulut je. senang dorang nk telan!

dan semangat nk bagi makan semua tu, kena kental dan kena tahan menangis juga jangan kesian kt kucing. kalau kesian, dorang akan lapar dan mungkin tak lama.
aku kesian juga, tp sikit je. kang kalau kesian lebih lebih, aku meroyan!

tiba tiba kawan aku comment kt fb. bagitau yg kucing dia pun kena jugak. siap dah macam nazak gila tak boleh buka mata segala. pastu hantar kt hospital vet serdang. terus sihat.
aku macam ????? mana nk cari ni? serdang jauh gila! nk ke by tolong hantar.

aku sms sha, tanya kt maju ada ward tak. sha kata ada, tp mahal. kucing dia kena fungus, admit satu malam sudah rm189 [rasanya]. pehhhh mahal gilak. so aku tak mampu. aku rasa sakit adik ni lagi kritikal kan. mungkin lagi mahal. berganda ganda mungkin!
but, thanks sha sebab volunter nk hantarkan ke maju tu.

lepas je buat keputusan, jaga adik sebaik mungkin tanpa perlu habiskan duit untuk admit ward, terus je aku berdoa tak putus putus. semoga adik cepat sembuh.

alhamdulillah, keputusan tu menyebelahi aku. Allah menolong aku. adik dah sihat, tanpa aku laburkan duit yg banyak. memang risau kalau dia tak sihat, mesti aku kena berulang ulang ke vet lagi ambil ubat. aku mana ada duit wey. duit saving, aku akan usik bila terdesak je. nasib baik, adik sihat sebelum aku terdesak nk keluarkan saving aku tu. nasib baik rezeki jual kek tu boleh menolong!


lagi satuuuuuuuuuuuuu, aku rajin bercakap cakap dengan adik, selalu belai badan dia. kalau dia liat nk makan tu, aku pujuk lembut lembut. aku cakaplah ''adik tak sayang kt kitaorang lagi ke? adik nk tinggalkan ktorg ke? adik tak sayang kt mell & ah boy ke? adik dah jemu dengan kitorg ke?'' bla bla bla dan dialog yg bisa buat aku menangis.


aku puas hati bila tengok dia makin aktif, makin berselera, makin bertenaga.
aku bersyukur pada Tuhan, doa doa kita diperkenankan.
aku berbangga pada diri sendiri sebab aku berjaya menjaga adik.
aku tak sanggup nk hadapi untuk kali kedua.
tp kalau dah takdir, aku terima je.


dan dengan ini, cerita adik kuhabisi dengan entry ini. selepas ini, entry muncul macam biasa dengan label hj440-wwww3ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.

siapa yg ikut dari dulu blog ni, akan tau asal usul label panjang tu. sapa yg tak tahu atau lupa, adik sendiri yg reka label tu. aku tengah sibuk taip entry, dia boleh pijak keyboard dan hasilkan huruf huruf tu. so sejak tu, aku guna label ni. senang kan.


sayang adik. terima kasih adik sebab kuat lawan sakit adik dan masih mahu menjadi sebahagian dari keluarga kami. mummy janji, lepas ni jaga adik baik baik.


love~etty

2 comments:

meowwmania said...

mummy janji taw mummy jaga ADIK, AH BOY ngan MELL leklok...

cyg mummy! smoga Allah luaskan rezeki mummy aminn..

e.t.t.y said...

iya...nanti mummy belanja makan mekdi ye?

aunty meoww nk join pun boleh. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails